Followers

Sunday, November 29, 2015

PKR penyatu pembangkang-Wan Azizah Khairil Ashraf


Wan-Azizah_pkr_600

Presiden PKR mengingatkan bahawa rakyat memberi amanah kerana mereka mempercayai kepimpinan parti-parti pembangkang 

SHAH ALAM : PKR berperanan menjadi ‘penyatu’ dalam kalangan parti-parti pembangkang bagi menentukan masa depan rakyat.

Dalam peringatannya, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, rakyat memberi amanah kerana mereka mempercayai kepimpinan parti-parti pembangkang.

“Rakyat mempercayai bahawa kita mampu menggalas amanah yang diberikan untuk berdepan UMNO-BN.

“Oleh itu, pakatan baru, Pakatan Harapan terbentuk menjadi penyambung janji demi penyempurnaan amanah kepada rakyat,” kata beliau dalam ucapan dasar di Kongres Nasional Tahunan Ke-11 parti itu di Ideal Convention Centre.

Menurut Wan Azizah, usaha Setiausaha Agung Pakatan Harapan (PH), Datuk Saifuddin Abdullah dan Jawatankuasa Menggariskan Bersama turut disambut baik.

“Kesepakatan politik perlu diperkukuhkan dengan mewujudkan satu dasar bersama politik berasaskan satu matlamat, satu perjanjian dan satu tekad demi membina sebuah negara adil,” katanya.

Dalam pada itu, Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad ketika ditemui pemberita berpendapat, PKR boleh menjadi fasilitator dalam pakatan pembangkang.

“Sebab perlu ada satu suara yang satu. Tetapi buat masa ini pendirian kita jelas dengan Parti Amanah Negara Negara (bahawa tiada kerjasama),” katanya.


FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.