Followers

Monday, November 2, 2015

PJ PAS Selangor tuduh DAP pindah 'pengundi hantu' untuk sabotaj kerusi PAS?



Dah lebih lalot jadi meghoyanlaa pulak!

Kalau betul pun DAP pindahkan pengundi Cina ke Dun-Dun berkenaan atau dalam istilah panasnya 'pengundi hantu', aku sangat-sangat yakin DAP buat ikit prosidur yang dibenarkan oleh SPR, strategi macam ni Umno dah lama buat malah PAS sendiri pun dah lama buat.

TheRakyat post melaporkan: Pas akan tetap mempertahankan kerusi negeri Selangor mereka meskipun DAP yakin merampas kerusi parti Islam itu berdasarkan pengaruh mereka.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad meluahkan keyakinannya terhadap parti itu sekalipun berkemungkinan berjuang sendirian dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, akan tetap mampu mempertahankan lapan kerusi yang didakwa DAP `mampu dimenangi’

“Jika ada pecah undi, pihak yang mendapat kelebihan daripadanya adalah Umno BN.

Namun, kami sudah tahu strategi mereka (DAP). -

TheRakyatPost Juga dilaporkan: “Kami ada menerima laporan pengundi berpindah ke kawasan Pas di Selangor tetapi kami yakin bahawa kami akan mampu mempertahankan kerusi kami,” katanya ketika dihubungi The Rakyat Post.

Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua, hari ini, berkata parti itu merancang usaha di peringkat akar umbi untuk mengambil alih lapan Selangor kerusi kerajaan negeri yang kini diduduki oleh Pas. - Ibid.

Yang pertama sekali, kalau betul pun DAP pindahkan pengundi Cina ke Dun-Dun berkenaan atau dalam istilah panasnya 'pengundi hantu', aku sangat-sangat yakin DAP buat ikit prosidur yang dibenarkan oleh SPR, strategi macam ni Umno dah lama buat malah PAS sendiri pun dah lama buat.

Contoh paling jelas adalan Dub Permatang Pasir, satu-satunya kerusi yang PAS menang di negeri Pulau Pinang. Beribu pengundi yang tak tinggal di situ jentera PAS tahun 1999 pindah dan daftarkan depa kat situ untuk pastikan calon PAS di situ menang dan PAS ada wakil dalam Sidang Dun Pulau Pinang.

Yang kedua, aku sebenarnya tak berapa nak yakin DAP buat kerja macam tu di Selangor. Kalau betul pun ada pertambahan dan perpindahan pengundi di 8 kerusi berkenaan, aku yakin ada sebab lain depa berpindah tempat mengundi terutama sekali sebab depa memang pindah tempat kediaman ke Dun berkenaan.

Pasainya aku cukup yakin dalam tempoh 2 penggal Pakatan Rakyat memerintah Selangor, negeri Selangor semakin membangun, makin banyak kawasan kediaman diujudkan dan sudah tentulah berlaku perpindahan pengundi selaras dengan pembangunan sesuatu kawasan.

Kecuali la kalau PAS selangor boleh buktikan keujudan perpindahan secara besar-besaran yang cukup meragukan.

Aku sangat-sangat yakin kalau PAS Selangor ada bukti kukuh, depa takkan teragak-agak dan dah dedah pun kepada umum bukti tu. -


sumber Posted by mountdweller.

 Zar Ali Pesuruhjaya PAS SELANGOR seperti tidak yakin dengan ketentuan Allah SWT. WAMAKARU WAMAKALLAH, WALLAHUKHAIRUL MAAKIRIN -- Mereka Merancang, Allah Juga Punya PerancanganNya, Perancangan Allah Adalah Yang Terbaik. http://kerispusakabangsa.blogspot.my/.../wamakaru...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.