Followers

Tuesday, November 24, 2015

NFC gagal bayar faedah RM0.34 juta, Putrajaya bakal ambil tindakan OLEH MD IZWAN



Skandal NFCorp pertama kali didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2011, yang menyatakan projek ternakan lembu itu tidak mencapai matlamat. Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Seri Dr Mohamed Salleh Ismail juga berdepan dengan tindakan undang-undang di mahkamah atas pertuduhan pecah amanah.

Skandal NFCorp pertama kali didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2011, yang menyatakan projek ternakan lembu itu tidak mencapai matlamat. Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Seri Dr Mohamed Salleh Ismail juga berdepan dengan tindakan undang-undang di mahkamah atas pertuduhan pecah amanah.

Kementerian Kewangan sedang menimbang untuk mengambil tindakan ke atas Pusat Fidlot Nasional (NFC) yang gagal membayar tunggakan kadar faedah daripada pinjaman RM250 juta, kata Ketua Audit Negara.

Jumlah faedah yang gagal dijelaskan NFC adalah sejumlah RM0.34 juta (RM340,000), kata Laporan Ketua Audit Negara 2014 Siri 3 yang dikeluarkan hari ini.

"Tunggakan faedah lewat bayar (default interest) dari tahun 2012 bagi pinjaman National Feedlot Corporation (NFC) Sdn Bhd berjumlah RM0.34 juta.

"MOF sedang dalam pertimbangan untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas NFC," kata laporan itu.

Skandal NFCorp pertama kali didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2011, yang menyatakan projek ternakan lembu itu tidak mencapai matlamat.

Pemimpin PKR, Rafizi Ramli kemudian meneruskan pembongkaran mengenai sejumlah pinjaman RM250 juta disalurkan ke syarikat milik keluarga Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Rafizi mendakwa dana itu disalah guna NFC, termasuk pembelian kondominium di Singapura dan Kuala Lumpur.

Pada 2013, Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, kerajaan berjaya mendapatkan semula RM79.9 juta daripada NFCorp dengan membekukan akaunnya melalui Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram.

Beliau berkata, kerajaan juga membekukan aset NFCorp bernilai RM23.3 juta, iaitu 2 bidang tanah di Putrajaya, 2 unit hartanah di Menerung Township Villa dan 3 plot tanah di Gemas.

Suami Shahrizat, Datuk Seri Dr Mohamed Salleh Ismail juga berdepan dengan tindakan undang-undang di mahkamah atas pertuduhan pecah amanah. – 23 November, 2015.


http://www.themalaysianinsider.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.