Followers

Friday, November 20, 2015

Menantu Hadi Lebih Teruk Dari Firaun..



ADUN Salor Datuk Husam Musa menyifatkan menantu presiden PAS, Zaharudin Muhammad sebagai ‘lebih dari firaun’ kerana tidak berunding terlebih dahulu sebelum membuat keputusan berkenaan debat di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) esok.

Husam berkata, sehebat firaun sekalipun, apabila hendak ‘bertarung’ dengan Nabi Musa beliau akan berunding terlebih dahulu mengenai tarikh, tempat dan masa.

“Sehebat dan segagah firaun sekalipun, bila hendak ditentukan masa, tarikh, tempat dan bentuk pertarungan antara Nabi Musa dan profesional sihir Diraja, firaun merundingi Musa.

“Tidak ada keputusan unilateral atau sebelah pihak dilakukan.

“Pada hal firaun itu diktator yang paling tersohor. Runding merundingi tetap berlaku,” kata Husam dalam kenyataannya hari ini.

Sebelum ini berlaku ‘perang terbuka di laman sosial’ antara Husam dengan menantu Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkenaan isu pembalakan di negeri Kelantan.

Zaharudin turut menjemput Husam datang ke Kuala Lumpur esok, jam 10 pagi di KUIZM bagi berdebat mengenaikekalahan PAS di Kedah dan Terengganu.

Zaharudin turut berikrar akan bertanding menentang Husam bagi menyelamatkan PAS di Kelantan.


- mkini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.