Followers

Saturday, November 7, 2015

MB Terengganu cadang Hadi Awang penasihat kerajaan negeri

 
Agaknya nanti Hadi atau PAS yang akan kena lipat?

Menteri Besar (MB) Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman bersikap terbuka untuk bekerjasama dengan Pas dan akan mempertimbangkan untuk melantik Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai penasihat kerajaan negeri.

Keputusan itu dibuat selepas Abdul Hadi berkata, Pas bersedia bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) dalam isu pentadbiran negara. Menurut laporan New Straits Times, Ahmad Razif berkata, dia sudah bertemu dengan Presiden Pas itu sebelum ini dan mengadakan perbincangan, yang kemudian menunjukkan pandangan positifnya terhadap kerjasama bukan parti.

“Ia menggambarkan kesediaan Pas untuk membuka pintu untuk mula bekerjasama dengan kita.

“Adalah penting untuk mendengar semua pandangan dan menerima mana yang baik buat rakyat. Ia tidak sepatutnya ditafsirkan sebagai pelik,” beliau dilaporkan berkata demikian pada Konvensyen Umno Terengganu.

Dalam meluahkan kesediaannya minggu lalu, Abdul Hadi berkata, dia bersedia bertemu Perdana Menteri dan menteri lain bagi menyelesaikan isu rakyat.

Ahmad Razif kemudian menyatakan keterbukaannya, dengan beberapa pemimpin BN sebelum ini menyatakan pendapat sama susulan pengumuman Abdul Hadi, minggu lalu.

Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) dilaporkan berkata, kerjasama itu sepatutnya sudah lama dibuat. Beliau juga berkata, kesediaan itu sepatutnya diterjemahkan sebagai penerimaan di setiap peringkat parti.


Posted by mountdweller.
Agaknya nanti Hadi atau PAS yang akan kena lipat? MB Terengganu cadang Hadi Awang penasihat kerajaan negeri Fri, Nov 6th, 2015 KUALA LUMPUR: Menteri Besar (MB) Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman bersikap terbuka untuk bekerjasama dengan Pas dan akan mempertimbangkan untuk melantik Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai penasihat kerajaan negeri. Keputusan itu dibuat selepas Abdul Hadi berkata, Pas bersedia bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) dalam isu pentadbiran negara. Menurut laporan New Straits Times, Ahmad Razif berkata, dia sudah bertemu dengan Presiden Pas itu sebelum ini dan mengadakan perbincangan, yang kemudian menunjukkan pandangan positifnya terhadap kerjasama bukan parti. “Ia menggambarkan kesediaan Pas untuk membuka pintu untuk mula bekerjasama dengan kita. “Adalah penting untuk mendengar semua pandangan dan menerima mana yang baik buat rakyat. Ia tidak sepatutnya ditafsirkan sebagai pelik,” beliau dilaporkan berkata demikian pada Konvensyen Umno Terengganu. Dalam meluahkan kesediaannya minggu lalu, Abdul Hadi berkata, dia bersedia bertemu Perdana Menteri dan menteri lain bagi menyelesaikan isu rakyat. Ahmad Razif kemudian menyatakan keterbukaannya, dengan beberapa pemimpin BN sebelum ini menyatakan pendapat sama susulan pengumuman Abdul Hadi, minggu lalu. Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) dilaporkan berkata, kerjasama itu sepatutnya sudah lama dibuat. Beliau juga berkata, kesediaan itu sepatutnya diterjemahkan sebagai penerimaan di setiap peringkat parti. Posted by mountdweller

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.