Penahanan bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya, Matthias Chang, adalah tindakan polis tanpa membabitkan kerajaan dan mana-mana agensi lain.
Penahanan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) itu adalah di bawah bidang kuasa pihak polis.
"KDN serahkan sepenuhnya kepada polis untuk ambil tindakan, walaupun saya menteri yang bertanggungjawab menjaga pihak polis. Kini terpulang kepada Jabatan Peguam Negara dan polis memberi penjelasan mengenai siasatan. Jika ada unsur kesalahan berkaitan dengan SOSMA, maka tindakan boleh diambil.
"Sekiranya, ada yang merasakan SOSMA disalah guna, maka ada aspek bagi yang berkenaan untuk cabar ikut saluran undang-undang,"
Itu kata kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam satu sidang media di Washington mengulas mengenai penahanan Khairuddin dan Mathias di bawah SOSMA..
Dan hari ini.. terbukti Zahid main cakap saja tanpa bersandarkan fakta..
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan, pertuduhan yang dihadapi bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguam Matthias Chang tidak tergolong di bawah Akta Kesalahan Keselamatan Sosma 2012.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Azman Husin memutuskan demikian sebentar tadi.
Sehubungan itu Khairuddin dan Matthias dibenarkan untuk diikat jamin RM10,000 namun diminta menyerahkan pasport kepada mahkamah.
Pertuduhan yang dihadapi kedua-duanya juga akan dibicarakan di Mahkamah Sesyen.
Bagaimanapun pihak pendakwaan akan memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan.
Mahkamah juga menetapkan 12 Januari untuk pengurusan kes itu. Pada 19 Oktober, hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohd Azman Husin memutuskan untuk merujuk kes melibatkan kedua-dua mereka ke mahkamah tertinggi negara bagi memastikan sama ada pertuduhan yang mereka hadapi boleh dibicarakan di bawah Sosma.
Pada 12 Oktober lalu, Khairuddin, 53, dan Matthias atau nama sebenarnya Chang Wen Chieh Matthias, 65, bersama-sama didakwa dengan niat melakukan sabotaj terhadap perkhidmatan perbankan dan kewangan negara di beberapa lokasi antara 28 Jun 2015 hingga 24 Ogos 2015.
Lima lokasi tersebut termasuk Pejabat Ketua Polis Bahagian Jenayah Ekonomi dan Kewangan Paris Perancis; Balai Polis Charing Cross, London, United Kingdom; Pejabat Peguam Negara Switzerland; Balai Polis Wai Chon Hong Kong; Ibu Pejabat Polis Cantoment, Singapura.
Pendakwaan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 124L Kanun Keseksaan (Akta 574) dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Kesekaan yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun jika sabit kesalahan - Sinar
Tak pasal-pasal dua orang tu kena duduk dalam...
ANAK SUNGAI DERHAKA
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.