Followers

Wednesday, November 25, 2015

'Kevin beri saya maklumat siasatan individu berpengaruh'

Adik Kevin Dakwa Miliki Maklumat Penting Libatkan Individu Berpengaruh







Adik lelaki Timbalan Pendakwa Raya Anthony Kevin Morais yang mati dibunuh, Charles Suresh Morais, mendakwa bahawa beliau memiliki pen drive yang diberi oleh abangnya sebelum beliau menghilangkan diri.

"Ia kini selamat di Amerika Syarikat bersama seseorang yang diarah mendedahkan kandungannya kepada umum sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada saya berhubung akuan sumpah berkanun ini.

"Kandungan pen drive itu degan jelas dan tanpa ragu-ragu mendedahkan bahawa Kevin telah diarahkan melakukan sesuatu sebelum kematiannya yang dikaitkan dengan seseorang personaliti yang berkuasa di Malaysia," kata Charles dalam akuan sumpah berkanun hari ini.

Menurut Charles, abangnya memberitahunya pada Ogos lalu bahawa beliau akan mengirimkan sesuatu kepadanya. Pendrive itu tiba pada Oktober.

Mayat timbalan pendakwa raya itu ditemui dalam tong berisi konkrit di Subang Jaya, Selangor pada bulan September.

Charles hari ini membacakan sebahagian daripada SDnya pada sidang media di pejabat peguamnya Americk Sidhu, di Kuala Lumpur, hari ini.

Katanya, Kevin sebelum dilaporkan hilang sedang dalam proses menyiapkan kertas pertuduhan itu, ketika bertugas di Jabatan Peguam Negara.

Beliau juga mendakwa bahawa adiknya, Datuk Richard Morais, juga bersekongkol dengan ‘seseorang’ yang mengawal “permainan” yang membabitkan pembunuhan Kevin.

Dakwanya, atas alasan itu, Richard menuntut jasad Kevin daripada rumah mayat pada hari yang sama beliau memfailkan permohonan kepada mahkamah untuk membuat bedah siasat kali kedua.

Dipetik dari - Malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.