Followers

Sunday, November 1, 2015

Kenapa tegas terhadap vape, tidak rokok, soal mufti Perlis


Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata kedua-dua rokok dan vape memudaratkan, tetapi mempersoalkan mengapa rokok tidak mendapat tentangan serius walaupun sudah lama difatwakan haram.

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata kedua-dua rokok dan vape memudaratkan, tetapi mempersoalkan mengapa rokok tidak mendapat tentangan serius walaupun sudah lama difatwakan haram.

Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mempersoalkan sikap sesetengah pihak yang begitu tegas terhadap penggunaan rokok elektronik atau vape, tetapi tidak kepada rokok, walaupun fatwa pengharaman rokok adalah jelas.

Asri berkata, penentuan hukum menggunakan vape perlu berlandaskan kajian pakar kesihatan dan bukannya fatwa ahli agama semata-mata.

"Menghisap vape pada asasnya bukan amalan yang baik, kerana ia mungkin mempunyai risiko yang tidak baik untuk kesihatan.

"Sehingga setakat ini belum ada kajian yang putus tentang kesan vape, maka hukuman sehingga ke tahap 'haram' perlu menunggu kajian yang diyakini yang membuktikan mudaratnya,” katanya, dalam satu kenyataan di Facebook malam tadi.

"Adalah menghairankan apabila ada pihak yang bertegas keras tentang vape tetapi tidak bertegas tentang pengharaman rokok. Lebih pelik lagi pada masa kini, apabila isu pengharaman rokok bagaikan dilupakan sedangkan fatwa tentang pengharamannya hampir sepakat dan jelas, sementara dalam masa yang sama hanya vape yang 'kelihatan' haram.”

Beliau turut berkata, dari sudut bau mulut, vape adalah lebih baik berbanding rokok.

"Kesan zahir vape di sudut bau busuk mulut, tidak seperti rokok yang jelas busuk yang menyebabkan penghisap rokok itu dilarang hadir berjamaah di masjid kerana bau busuknya.

Mufti Perlis mahu penentuan hukum menggunakan vape berlandaskan kajian pakar kesihatan dan bukannya fatwa ahli agama semata-mata. –

Mufti Perlis mahu penentuan hukum menggunakan vape berlandaskan kajian pakar kesihatan dan bukannya fatwa ahli agama semata-mata. –

"Demikian ketika pergaulan. Di sudut itu, vape lebih baik dibandingkan rokok yang busuk dan mudarat,” katanya.

Sebelum ini, vape difatwakan haram atas faktor kesihatan dan pembaziran.

Selain itu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam mengumumkan Putrajaya mungkin mengharamkan penggunaan vape ekoran dakwaan risiko kesihatannya terhadap pengguna.

Pada masa sama, budaya vape menimbulkan rasa kurang senang segolongan pihak di laman sosial ekoran etika mereka yang menghisapnya mendapat "perakuan", apabila anak timbalan perdana menteri, Datuk Nurul Hidayah Ahmad Zahid Hamidi memuat naik gambar rokok elektronik tersebut di laman Instagram beliau dan menyifatkannya sebagai perkakas sentiasa mengiringinya apabila keluar rumah.

Tindakan itu mencetuskan perbualan nasional di media sosial ekoran budaya vape yang dianggap sebahagian masyarakat berada dalam kategori sama dengan merokok.

"Rokok juga memudaratkan orang yang ada di sekeliling yang terhidu asapnya. Maka, dosa perokok boleh berlipat ganda atas sebab itu.

"Demikian perbuatan merokok telah merosakkan banyak harta awam. Ini dapat kita lihat kesan api rokok di tandas-tandas awam dan selainnya. Hal ini mungkin tidak terdapat pada penghisap vape,” kata Asri.

"Penentuan hukum vape sangat bergantung kepada kajian yang pasti pakar kesihatan, bukan sekadar fatwa ahli agama semata,” tambahnya.

Bagaimanapun, Kabinet baru-baru ini membenarkan vape untuk diteruskan, seperti diumumkan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menyifatkannya sebagai khabar gembira buat golongan muda, Ismail turut mengambil kesempatan berterima kasih kepada Datuk Seri Najib Razak dan rakan-rakan sekerjanya atas keputusan tersebut.

"Berita baik untuk vapers, vapers brewers (pembancuh perisa vape) dan peniaga vape, Kabinet hari ini memutuskan untuk tidak mengharamkan vape.

"Terima kasih kepada perdana menteri dan kerajaan yang memahami aspirasi anak muda," umum Ismail menerusi laman Facebook beliau.

Media melaporkan baru-baru ini seorang penumpang Malindo Air dalam penerbangan dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur cedera di peha dan tangannya apabila bateri vape yang dibawa dalam beg bawaan tangannya terbakar pada 25 Oktober lalu.

Insiden itu menyebabkan Jabatan Penerbangan Awam memperketatkan prosedur menaiki pesawat dan mengarahkan penumpang menceraikan bateri daripada vape mereka apabila menaiki pesawat. – 1 November, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.