Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan pengguna Twitter ditangkap kerana didakwa membuat posting menghasut, mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan beberapa kes berprofil tinggi. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 November, 2015.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan pengguna Twitter ditangkap kerana didakwa membuat posting menghasut, mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan beberapa kes berprofil tinggi.
Ketua polis negara mengarahkan pengguna Twitter dengan nama Faisal
Rohban ditangkap kerana didakwa membuat posting menghasut, mengaitkan
akuan bersumpah adik kepada Timbalan Pendakwa Raya Kevin Morais dengan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. "PCIRC @PDRMsia, kesan dan tahan
penama dibawah ini kerana menghasut," kata Tan Sri Khalid Abu Bakar
melalui Twitternya @KBAB51.
Dalam postingnya, Faisal menyenaraikan pembunuhan Altantuya Shaariibu dari Mongolia, pengasas AmBank Hussain Ahmad Najadi, Kevin dan juga kematian penyiasat persendirian S Balasubramaniam dan berkata semuanya berkaitan dengan Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.
"Mereka ini tidak ada kerja ke selain dari membunuh orang?" katanya dalam posting itu.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.