Followers

Monday, November 9, 2015

Jangan Lah "BERTUHANKAN NAJB"


Ahli Umno Merbok diberi amaran hindari Dr Mahathir jika mahu selamat -

Written By canang.

Ketua Umno Bahagian Merbok Datuk Tajul Urus Mat Zain meminta Tun Dr Mahathir Mohamad menghentikan serangan terhadap kepimpinan parti Umno dan memberi amaran anggota Umno supaya menghindari bekas perdana menteri itu sekiranya tidak mahu menerima tindakan dari parti. –

Umno Bahagian Merbok, Datuk Tajul Urus Mat Zain, dilaporkan memberi amaran kepada beberapa ketua cawangan bahagian itu yang didakwa cuba menyerang kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dakwanya, menurut akhbar Utusan Malaysia hari ini, gerakan itu diketuai seorang ketua cawangan yang pernah bertanding sebagai calon bebas pada pilihan raya lalu yang menjemput bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi ceramah.

Tajul berkata, ahli parti harus menghindari majlis ceramah itu sekiranya mereka tidak mahu berdepan tindakan dari parti.

"Selain itu, saya juga meminta Dr Mahathir supaya berhenti daripada melakukan serangan demi serangan terhadap kepimpinan parti yang dilihat mendatangkan kesulitan terhadap Menteri Besar Datuk Mukhriz Mahathir dalam memilih antara bapa dan bosnya.

"Kami sayangkan Mukhriz dan karier politiknya. Tetapi pendirian kami tegas, sama ada tenggelam atau timbul, Umno Merbok tetap bersama kepimpinan presiden dan timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi," beliau dipetik berkata akhbar milik Umno itu.

Dr Mahathir kini menjadi pengkritik utama pentadbiran Najib apabila berulang kali mendesak perdana menteri memberikan penjelasan memuaskan tentang operasi dana sarat hutang negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Tekanan ke atas bekas perdana menteri ke-4 itu diperhebat apabila polis semalam bertindak menyiasat Mahathir, dipercayai berhubung kenyataannya pada himpunan Bersih 4 pada hujung Ogos lalu. – 7 November, 2015.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.