Followers

Tuesday, November 17, 2015

Hishammuddin mendedahkan bahawa beliau adalah antara pemimpin yang menjadi sasaran kumpulan militan itu.

'Beberapa pemimpin Malaysia dalam senarai sasaran IS'





Beberapa pemimpin Malaysia dilaporkan berada pada senarai sasaran kumpulan pengganas Negera Islam (IS).

Menurut The Star Online, ini berdasarkan laporan perisikan yang diterima oleh badan-badan keselamatan negara di negara ini.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, semalam mendedahkan bahawa beliau adalah antara pemimpin yang menjadi sasaran kumpulan militan itu.

Maklumat itu telah dimaklumkan sebelum mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan Asean bersama di Langkawi pada bulan Mac.

"Saya sahkan bahawa IS mensasarkan pemimpin-pemimpin kita, tetapi ancaman itu tidak akan menghalang kita daripada terus memerangi keganasan dalam negara dan rantau ini," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Deepavali di Kluang, Johor.

Hishammuddin percaya ancaman serta ugutan terhadap beberapa tokoh terkenal termasuk beliau itu dikeluarkan sejak sekian lama yang berkemungkinan hanya untuk tujuan menakut-nakutkan mereka.

Seorang pegawai Bukit Aman berkata antara yang menjadi sasaran termasuk anggota kanan kabinet.

"Kami dapat tahu tentang pelan induk mereka apabila menyoal anggota IS Murad Halimuddin (yang telah didakwa dan dipenjarakan).

"Murad berkata mereka mahu menculik pemimpin yang mereka anggap sebagai 'tagut'.

"Mereka juga mengancam untuk bertindak terhadap anggota polis dan tentera yang mereka dakwa sebagai penyokong pemimpin 'tagut," kata seorang pegawai Bukit Aman, yang tidak mahu namanya disiarkan.

Hishammuddin berkata, serangan pengganas di Paris adalah peringatan betapa bahayanya ancaman pengganas itu.


- mkini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.