Isu tersebut sengaja dimainkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebagai senjata untuk menyerang pembangkang.
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Sabah, Datuk Seri Lajim Ukin berkata, sebaliknya ia sengaja dimainkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebagai senjata untuk menyerang pembangkang.
“Nurul (Izzah) jangan gundah-gulana soal ambil gambar dengan anak Sultan Kiram di Sabah tidak ada isu. Isu itu sengaja dibangkitkan oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN),” katanya semasa ucapan pergulungan di Kongres Nasional Tahunan PKR ke-11 pada Ahad.
Mengulas lanjut, beliau menyeru seluruh ahli PKR supaya bangkit mempertahankan pemimpin parti bagi menjawab segala isu yang dibagkitkan pihak musuh.
“Kita nak pertahankan pemimpin kita, masalah pimpinan bukan masalah Sabah atau semenanjung tetapi tanggungjawab semua, apa yang penting kita perlu pertahankan parti,”katanya.
Sebelum ini, Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, isu mengambil gambar bersama puteri Sultan Sulu bukanlah satu pengkhianatan berbanding dengan penjualan aset penjana tenaga 1MDB, Edra Global Energy Bhd kepada General Nuclear Power Corporation (CGN) dari China.
Nurul Izzah telahpun meminta maaf kepada ahli keluarga anggota pasukan keselamatan yang terkorban ketika pencerobohan Lahad Datu pada 2013.
Naib Presiden PKR itu juga memfailkan saman terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan menteri kabinet, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob berhubung isu itu.
FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.