Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa tindakan menyekatnya berjumpa dengan orang ramai termasuk tidak memberi dewan bagi mesyuarat yang sepatutnya dihadirinya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 November, 2015.
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa tindakan menyekatnya berjumpa dengan orang ramai termasuk tidak memberi dewan bagi mesyuarat yang sepatutnya dihadirinya.
Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mendakwa terdapat usaha giat dilakukan untuk menutup mulut dan menyekatnya bertemu ahli Umno. Dr Mahathir mendakwa tindakan menyekatnya berjumpa dengan orang ramai termasuk tidak memberi dewan bagi mesyuarat yang sepatutnya dihadirinya.
"Dewan di mana mesyuarat boleh diadakan yang dihadiri oleh saya tidak boleh didapati kerana semua pemilik takut didera oleh kerajaan," katanya dalam tulisan di blognya chedet.cc hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai Mesyuarat Agong Umno yang bakal diadakan Disember ini dan mendakwa pimpinan parti terlalu takut meskipun tiada pertandingan akan diadakan. "Tidak akan ada apa-apa pertandingan. Tetapi entah kenapa usaha sedang dibuat oleh Umno supaya perbahasan berkenaan perkara tertentu, khususnya 1MDB dan wang sebanyak RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak tidak boleh dibangkit.
"Persidangan pula akan tertutup kepada orang ramai. Tidak semua dari ucapan perwakilan akan disiar. Hanya ucapan presiden sahaja akan disiar," katanya.
Dr Mahathir turut mendedahkan amaran juga diberikan kepada ahli Umno untuk tidak membangkitkan perkara itu.
"(Tan Sri) Muhyiddin Yassin, sebagai timbalan presiden akan membuka persidangan sayap – pemuda, wanita dan puteri.
"Amaran sudah diberi supaya ahli Umno tidak akan bercakap berkenaan perkara ini," katanya.
Tambahnya, wujud iklim ketakutan yang menghalang segala kegiatan bersangkutan dengan mengkritik kerajaan.
Bekas perdana menteri itu berkata, tindakan menyekat pengkritik menjadi jenayah tidak tertulis oleh pimpinan kerajaan yang memartabatkan demokrasi.
"Dakwaan dibuat kononnya ini negara demokrasi. Sesiapa yang cuba sabotaj demokrasi Malaysia boleh dikena penjara hingga 15 tahun," katanya merujuk kepada bekas naib ketua Umno Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya Matthias Chang.
Beliau berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) sendiri yang mensabotaj demokrasi negara apabila tekanan sering kali digunakan untuk menyekat pengkritiknya.
"Ada yang berhadapan dengan pemeriksaan pendapatan kononnya kerana tidak bayar cukai.
"Ada yang disoal siasat oleh polis. Ada yang dimasukkan dalam tahanan tanpa berasas kepada undang-undang. Ada yang diugut akan kehilangan kontrak dan lain-lain.
"Kata pepatah berani kerana benar; takut kerana salah. Apakah kerana salah yang takut sangat 1MDB dan RM2.6 bilion dibincangkan," katanya merujuk kepada syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma RM2.6 bilion masuk ke akaun peribadi presiden Umno itu.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.