Followers

Sunday, November 1, 2015

Debat Arul- Tony Pua peluang perjelas isu 1MDB,


Kata bekas ahli PAC Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, debat antara Arul Kanda Kandasamy dengan Tony Pua akan membuktikan tiada apa yang disembunyikan dan memberi peluang rakyat membuat penilaian sendiri.

Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, debat antara Arul Kanda Kandasamy dengan Tony Pua akan membuktikan tiada apa yang disembunyikan dan memberi peluang rakyat membuat penilaian sendiri.

Kesediaan bersemuka secara langsung di televisyen berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) merupakan peluang keemasan untuk menerangkan dengan terperinci berhubung isu berkenaan, kata bekas anggota Jawatankuasa Kira-Kira Kewangan Negara Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican. Reezal Merican, yang juga timbalan menteri luar, berkata ia adalah platform terbaik bagi Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda Kandasamy untuk memberi penjelasan terperinci tentang isu itu kepada Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua.

Selain itu, katanya tidak ada apa-apa yang perlu disembunyikan kerana ia disiarkan secara langsung di televisyen dan terpulang kepada rakyat untuk membuat penilaian.

"Saya menggesa kedua-dua pihak agar mengambil peluang ini dan biarlah rakyat mengadili apa jua yang mereka sampaikan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Mimbar Permuafakatan Ibu Bapa Malaysia ke-14, di Kepala Batas hari ini.

Reezal berkata demikian bagi mengulas kenyataan Arul yang mengumumkan kesediaan beliau bersemuka dengan Pua secara langsung di televisyen berhubung isu syarikat pelaburan negara itu, tanpa sebarang syarat selain berharap ia diadakan secepat mungkin. –


Bernama themalaysianinsider.com/bahasa.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.