Followers

Sunday, November 29, 2015

ANDALUSIA, SABBA & MALAYSIA ( andalusia sekarang hanya jadi muzium)

Nurliyana Abdullah's photo.

ANDALUSIA merupakan negara termaju di Eropah. Eropah kala itu gelap dan kesan raja Peranchis ke-2 belajar di sana, lalu dia terjemah semua karya2 ilmuan yang dihasilkan oleh orang Islam dan diangkut ke Eropah hingga Eropah menjadi hebat dan sudah abad ke-12 Andalusia mula mundur kesan tidak lagi berpaksi kepada Al Quran dan Sunah Nabi.

Perkataan algebra, zero, cipher, algorism dalam bidang matematik dan alamanac, zenith, nadir, azimuth dalam bidang astronomi dan perkataan2 alchemy, chemistry, alcohol, alkali, elixir, alembic dalam bidang kimia semuanya berasal dari bahasa Arab yang juga diguna di Andalusia.

Al-Shaqundi di abad ke-12 pernah berkata “ jika kamu ingin mencari susu burung sekalipun kamu boleh mendapatkannya di Siville”( immauddin S.M 1965:120) sementara penyair german zaman itu mengatakan Andalusia ialah permata dunia.

Kesan yang diperkatakan barangkali boleh juga merujuk kesan kemungkaran masyarakat kerajaan SABBA yang mulanya bumi SABBA begitu subur dan kemudian kesan kemungkaran bumi yang subur tadi menjadi merkah dan tanam2an tidak menjadi.

Lalu bagaimana pula kita?

Semasa Mahathir memimpin negara, Mahathir telah menarik perhatian hingga negara Malaysia terkenal dan dicemburui dan di situ tercipta wawasan negara maju menjelang 2020 tetapi sesudah Najib memimpin lanjutan kepimpinan Abdullah Badawi yang memperkenalkan Islam Hadhari dan Islam contoh, lalu kemungkaran judi, korup terus bermaharajalela maka kita lihatlah sudahnya nanti. Ini bukan doa tetapi kenyataan pasti kalau tidak berubah kepimpinan yang ada sekarang ini.

Wawasan 2020 hanya tingga lima tahun lagi dan apakah kita berkesempatan menjadi negara maju atau sebaliknya? Apakah dengan hutang yang berlambak mendekat 800 bilion akan segera tercapai wawasan 2020 itu? Apakah dengan cara penjualan harta milik kerajaan akan menyelesaikan semua masalah.

Semuanya kesan salah tingkah juga kesan berbelanja tidak berhemah dan kesan lupa diri bila berkuasa seolah Malaysia syarikat milik sendiri yang kayakan anak bini dan kroni.


Memang di Malaysia semuanya ada.

Kita fikirlah!



NURLIYANA ABDULLAH

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.