Followers

Sunday, November 1, 2015

1MDB dalam bahasa paling mudah Urus Niaga 1MDB Luar Biasa Terus Bebani Malaysia A Kadir Jasin


MULA-mula mohon maaf pasal lama tak siar rencana baru. Maklumlah apabila usia masuk kategori warga kanan (senior citizen) ada saja masalahnya – kalau tak besar, kecil.

KEMUDIAN saya minta izin bincang hal 1MDB dalam bahasa paling mudah sebab takut ada lagi orang yang tak faham.

1. 1MDB diasaskan pada tahun 2008 sebagai Terengganu Investment Agency (TIA) dengan tujuan melabur hasil minyak negeri itu. Pada tahun 2009 ia ditukar jadi 1MDB. Dalam pengumuman pada 22 Julai, 2009, Perdana Menteri, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Matti­mung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib Abdul Razak, kata TIA diubah jadi 1MDB dengan tujuan perluaskan faedah kepada seluruh rakyat Malaysia dan bukan Terengganu saja.

Dengan itu, 1MDB jadi syarikat milik penuh Kementerian Kewangan di bawah kawalan lansung Perdana Menteri.



2. Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low jadi agen bebas (free agent) sejak zaman TIA lagi dan tambah berpengaruh bila TIA jadi 1MDB. Dia anak kepada jutawan Cina Pulau Pinang, (Tan Sri) Larry Low Hock Peng. Larry Low adalah antara pengasas dan peneraju syarikat Malaysia Weaving Printing Dyeing Factory Limited yang sekarang dikenali sebagai WME Holdings Berhad. Nenek Jho Low, (Datuk) Low Meng Tak lahir di Guangdong, China pada tahun 1922 dan bina kekayaan di China, Thailand dan Malaysia melalui perlombongan bijih besi, pengilangan arak dan kemudiannya hartanah. Jho Low, agen bebas 1MDB hidup mewah

3. Pada mulanya 1MDB didakwa sebagai tabung berdaulat (sovereign fund) tapi ditukar jadi syarikat pelaburan strategik (strategic investment company) setelah dihujahkan yang kita sudah pun ada tabung berdaulat, iaitu Khazanah Nasional Berhad (Khazanah).

4. Dengan modal permulaan RM1 juta, 1MDB berhutang besar-besaran dari dalam dan luar Negara. Sebahagian hutangnya dijamin oleh kerajaan. Ertinya kalau 1MDB tak mampu bayar balik atau muflis (bankrupt), pembayar cukailah yang kena tanggung bebannya.

Silap-silap anak cucu kita pun kena juga. Sudah sekali ia tak mampu bayar hutang ikut masa. Terpaksa berhutang untuk bayar hutang. Siapa yang bagi hutang sampai hari ini masih samar-samar. Ada kata Arab. Ada kata Ananda Krishman. Ada kata kerajaan sendiri. 5. Cara 1MDB berniaga sangat menakjubkan.



Dengan modal yang sangat kecil, ia berhutang dengan sangat besar. Laporan kewangan 1MDB tahun 2014 menunjukkan ia berhutang RM49 bilion dengan harta sebanyak RM52 bilion. [Dengan hutang sebanyak itu, kita boleh bina lima buah KLIA asal.] 6. Cara ia berhutang pun luar biasa.

Contohnya pada tahun 2012/13 ia guna khidmat bank pelaburan Amerika, Goldman Sachs untuk pinjam AS$3 bilion (kira-kira RM13 bilion pada kadar tukaran sekarang). Yang anehnya 1MDB bagi komisen sampai AS$500 juta (RM2.1 bilion) kepada Goldman. Agensi berita ekonomi Amerika, Bloomberg laporkan pada 9 Mei 2013 bahawa komisen Goldman adalah kira-kira 7.7 peratus sedangkan kadar purata komisen bagi “junk bond” (bon sampah) adalah 1.32 peratus bagi tahun 2013.

Adakah ini bermakna bon 1MDB lebih teruk daripada “junk bon” maka Goldman perlu dibagi komisen yang sangat tinggi? Dalam pasaran bon, lagi tinggi risiko, lagi murah harganya dan lagi tinggi komisennya sebab susah nak jual.

7. Rasanya tak ada syarikat dalam dunia yang nisbah antara modal dan hutang begitu luas macam 1MDB. Bila skandalnya mula didedahkan selepas Pilihan Raya Umum 2013, barulah 1MDB tambah modal (equity) kepada RM900 juta. Kemudian pada tahun 2014 ditambah lagi kepada RM2.4 bilion.

8. Walaupun modal RM2.4 bilion tu nampak banyak, tapi banding dengan hutang RM49 bilion, ia adalah kecil. Maksudnya 1MDB berhutang 20.4 kali ganda daripada modalnya. Ini sangat-sangatlah tinggi pasal nisbah purata hutang-kepada-modal (debt-to-equity-ratio) syarikat-syarikat yang diniagakan di Bursa Malaysia hanya satu setengah kali ganda saja.

10. Bila saya tanya pendapat seorang kawan yang bekerja sebagai penyelidik ekonomi, dia kata, ini samalah dengan seorang penjaja yang ada modal RM2,000 tapi pergi bank minta pinjam RM40,000. Tak masuk akal dan tak ada bank yang akan bagi. Penjaja, sukar bank nak layan

11. Kemudian 1MDB beli harta di dalam dan luar negara daripada penjual swasta dengar harga tinggi. Jauh lebih mahal daripada harga pasaran. Inilah sebabnya orang yang tahu hal ehwal perniagaan syak ada urusan belakang tirai di antara pembeli dan penjual.

12. Tapi bila 1MDB beli harta kerajaan macam tanah, ia bayar harga yang sangat murah. Ada tanah kerajaan di Kuala Lumpur dibeli dengan harga RM64 sekaki persegi yang kemudiannya dijual kepada Tabung Haji dengan harga 43 kali ganda lebih tinggi. Kerajaan rugi pendapatan, 1MDB buat duit atas angin dan Tabung Haji kena kutuk sampai terpaksa buat dusta.

13. Dari segi moral, ini sudah boleh dikira salah guna kuasa dan dari segi undang-undang pula ia boleh dianggap pakatan untuk menipu kerana negara hilang peluang untuk dapat hasil yang lebih tinggi. Dalam bahasa Inggeris, perbuatan ini disebut “conspiracy to defraud”.

14. Perdana Menteri dan para pelindung serta pembela beliau boleh bagi macam-macam alasan dan guna macam-macam muslihat untuk sembunyi kebenaran, tapi satu dunia sudah tahu. Apatah lagi ramai pembela terkini Perdana Menteri kurang kredibiliti.

15. Kalau tak ada bukti dan syak wasangka yang kuat, macam mana pihak berkuasa jenayah, kewangan dan perbankan di Singapura, Hong Kong, United Kingdom, Switzerland, United Kingdom dan Amerika Syarikat telah membuka siasatan ke atas 1MDB dan membekukan beberapa akaun yang bersangkut-paut dengannya?

16. Kalau semua laporan media mengenai penglibatan Mohd Najib dalam skandal 1MDB fitnah dan dusta, pasal apa Mohd Najib dan peguam-peguamnya hanya gertak nak saman tapi tak saman? Propaganda Utusan tidak tepat, PM tak saman

17. Kalau beliau berani kerana beliau berada di pihak yang benar, pasal apa guna Kanun Keseksaan (Penal Code) ke atas (Datuk Seri) Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya, Matthias Chang – mengapa tidak kemukakan saman malu ke atas mereka?

18. Selain kejatuhan harga minyak mentah dan kelembapan ekonomi dunia, semua orang tahu bahawa nilai ringgit merudum kerana skandal 1MDB dan kurang keyakinan kepada kerajaan pimpinan Mohd Najib.

19. Natijahnya, katalah apa nak kata berkenaan 1MDB, tapi orang yang tahu berkenaan urus niaga korporat, kewangan, perbankan dan undang-undang tak akan percaya.

20. Tak keterlaluan kalau kita ibaratkan 1MDB sebagai gajah Tok Mia yang kena penyakit EEHV (elephant endotheliotropic herpesviruses) yang keluarkan bau busuk.

Simbahlah dengan minyak wangi paling mahal dari Paris atau Milan baunya tak hilang juga. Hatta minyak wangi Amouage yang diuar-uarkan sebagai minyak wangi paling mahal di dunia itu tak berkesan lagi.



Lapan puluh peratus gajah yang kena penyakit ini mati. 21. Serentak itu, jentera propaganda Umno, kerajaan dan 1MDB semakin hari semakin hilang kewibawaan apabila mereka disaman, khususnya oleh pembangkang, dan kalah perbicaraan, terpaksa memohon maaf dan bayar ratusan ribu ringgit ganti rugi. Main stream media lost repeatedly 22.

Malangnya bagi Malaysia dan rakyat jelatanya, apabila Mohd Najib bentangkan Belanjawan 2016 Jumaat ini, berapa ramai akan percaya. Kalau pelabur dan pengguna tak yakin, mereka tak melabur dan tak beli-belah. Bila mereka tak labur dan tak berbelanja, tak adalah “private consumption”.

Private comsumption adalah penggerak ekonomi negara. Kalau kerajaan hendak berbelanja, ia terpaksa berhutang. Tapi macam mana nak berhutang apabila hutang kerajaan sudah sampai had maksimum berbanding keluaran dalam negara kasar.

Wallahuaklam.



Posted by A KADIR JASIN

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.