Followers

Monday, October 19, 2015

Wakil rakyat lompat parti umpama 'MONYET' - Hadi


Wakil rakyat lompat parti umpama 'MONYET' - HadiKOTA BARU: Jika sebelum ini mereka digelar 'katak', namun kini kumpulan wakil rakyat yang bertindak melompat parti dirujuk sebagai 'monyet' oleh oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Katanya monyet berkenaan sudah tidak sabar untuk melompat ke pokok lain setelah mereka dapati pokok yang diduduki sebelum ini kehabisan buah. 

Merujuk kepada mereka yang meninggalkan PAS bagi menyertai Parti Amanah Negara (Amanah), beliau menyifatkan kumpulan itu seperti "monyet yang tidak sabar tidak setia kepada perjuangan."

"Ini monyet tidak tahu makna istiqamah. Sebaik sahaja mereka sudah tidak memiliki buah, mereka segera melompat ke pokok lain yang mempunyai buah-buahan. 

"Mereka meninggalkan pokok itu tanpa memahami makna istiqamah dan cabaran-cabaran yang dihadapi," katanya ketika Himpunan Fastaqim di sini, Sabtu.-Mstar


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.