Followers

Sunday, October 25, 2015

Umno kini terdesak untuk perubahan lebih baik – Muhyiddin

muhyiddin (M)

Muhyiddin (M) Umno, sebagai parti politik terbesar di negara ini, dalam keadaan terdesak untuk pembaharuan lebih baik, kata Timbalan Presiden parti itu,

Tan Sri Muhyiddin Yassin. “Prosesnya susah, tetapi ia mesti dilakukan bagi memastikan Umno terus kekal,” katanya dalam sesi soal jawab selepas sesi dialog `Bicara Minda bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin’ di Hotel Grand Blue Wave, dekat sini, hari ini.

Muhyiddin berkata, perlu ada langkah drastik bagi mengelakkan orang ramai keluar daripada Umno disebabkan dakwaannya sebagai politik naungan dalam parti.

Bagaimanapun, dia mengingatkan ahli Umno yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan parti supaya berhati-hati sekiranya mereka berhasrat menubuhkan parti politik baru yang mungkin tidak bertahan lama.

Terdahulu, bekas Timbalan Perdana Menteri yang berusia 68 tahun itu dijemput berucap pada sesi dialog yang dikendalikan oleh penganalisa politik Universiti Islam Antarabangsa,

Dr Maszlee Malik. Sesi dialog anjuran Sinar Harian itu dihadiri kira-kira 450 orang. Muhyiddin turut menyentuh peranannya dalam Umno susulan penyingkirannya daripada jawatan Kabinet pada 28 Julai lalu.

Dia mendakwa, peranannya dalam parti semakin berkurangan selepas digugurkan daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan.

“Ini boleh dilihat termasuk dalam mesyuarat pengurusan parti,” kata Muhyiddin sambil menambah bahawa parti tidak sepatutnya tergugat dengan perkara itu.

Beliau berkata, bagaimanapun dia maish kekal sebagai pemimpin paling kanan dalam Umno, selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang juga Presiden parti. Muhyiddin berkata, sekiranya Umno ingin melucutkannya daripada jawatan parti, ia harus disebabkan faktor disiplin dengan tindakan dibuat oleh Lembaga Disiplin parti.

Dia menegaskan bahawa dia tidak membuat sebarang kesalahan dan ahli Umno yang memilihnya menjawat jawatan itu disebabkan sumbangan yang tinggi olehnya kepada parti.


“Saya tidak meminta sokongan, tetapi harapan saya hanya untuk menyelamatkan parti,” kata Muhyiddin.



Posted & copy by RAKYAT MARHAEN.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.