HALAMAN HIBURAN
Seorang duda anak dua
didenda RM5,000 atau penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret Ampang
dekat sini hari ini selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan
menunjukkan kemaluannya di hadapan rumah penyanyi terkenal, Datuk Siti
Nurhaliza, Ahad lalu.
Amiruddin Sulaiman, 49,
didakwa melakukan perbuatan itu dengan niat untuk menghina kesopanan di
hadapan rumah penyanyi nombor satu negara itu di Jalan Wangsa 1/3, Bukit
Antarabangsa, dekat sini kira-kira pukul 5 petang, 4 Oktober lalu.
Pertuduhan terhadap
penganggur itu dikemukakan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang
memperuntukan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau
kedua-duanya. -Utusan
Mengapa agaknya?
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.