Followers

Sunday, October 11, 2015

Tidak perlu kelulusan Parlimen untuk tandatangan TPPA, kata menteri


.

Putrajaya sebenarnya tidak memerlukan kelulusan Parlimen sebelum menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) yang melibatkan 12 negara, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Putrajaya sebenarnya tidak memerlukan kelulusan Parlimen sebelum menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) yang melibatkan 12 negara, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Putrajaya sebenarnya tidak memerlukan kelulusan Parlimen sebelum menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) yang melibatkan 12 negara, lapor Mingguan Malaysia hari ini, memetik Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Dalam satu wawancara khas, menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu dilaporkan berkata, keputusan membawakan TPPA ke Parlimen bagi pengundian majoriti diputuskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ia kerana isu tersebut dilihat mencetuskan kontroversi dan mendapat perhatian ramai, kata akhbar milik Umno itu.

Malah menteri yang mesra dengan panggilan Tok Pa itu berkata, tidak ada istilah "pindaan" tertentu yang boleh dilakukan terhadap kandungan TPPA itu.

"Secara keseluruhan, sama ada mahu atau tidak. Kita buat pertimbangan. Misalnya, tekstil dan kelapa sawit dapat masuk pasaran. Kita undi mahu atau tidak saja. Kalau tolak, maka tolak semua.

"Kalau pinda, kita perlu ubah semua. Sebab, rundingan ini melibatkan 12 negara. Umpamanya kalau kita pinda, negara lain pun terlibat dan semua kena pinda. Maknanya, kita kena mula dari awal baliklah," beliau dipetik berkata akhbar edisi mingguan Utusan Malaysia itu.

Katanya, jika Malaysia menolak untuk menandatangani perjanjian TPP itu, maka negara ini bakal menyaksikan kehilangan banyak pelabur luar.

"Mungkin pelabur yang ada dalam negara cabut lari dan akan memberikan kesan kepada syarikat kita yang banyak melabur dalam negara," katanya.

Dalam wawancara tersebut beliau juga menjelaskan alasan Putrajaya yang tidak mendedahkan butiran kandungan TTPA kepada Parlimen mahupun umum ketika ini.

Katanya, jika kerajaan bertindak mendedahkan butiran kandungan TPPA, maka ia akan menyaksikan pelbagai perubahan yang mahu dilakukan terhadapnya pada setiap hari.

"Kalau keluar nanti, kecoh seluruh dunia. Baru hendak bincang, sudah berubah. Macam di Atlanta, Amerika Syarikat, ia sudah berubah, kerana pada saat akhir macam-macam perkara berlaku," katanya.

Bagaimanapun, Tok Pa berkata, secara keseluruhan dokumen TPPA bakal disiapkan sepenuhnya pada hujung bulan ini meskipun ada beberapa perkara yang masih dalam rundingan.

"Kita beri (dokumen TPPA) kepada pasukan pengkaji kerana perlu lihat dulu. Kalau tidak ada dokumen, ia sekadar spekulasi atau rambang saja," katanya.

Beliau berkata terdapat 3 isu yang masih belum selesai dan perlu dimaklumkan kembali kepada 11 negara iaitu Khazanah Nasional Berhad (Khazanah), Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dan Kementerian Kewangan.

"Kita minta tempoh kerana Khazanah dan Petronas ada peraturan. Kalau hendak buat sesuatu, mereka perlu bawa ke lembaga pengarah. Jadi, kita minta tempoh lagi," katanya sambil mengakui berasa tertekan kerana terlibat dengan urus niaga sebegitu lama, selain desakan pelbagai pihak.

Pada masa sama, Mustapa juga menepis kebimbangan syarikat tempatan untuk bersaing dengan syarikat gergasi antarabangsa selepas TPPA dimuktamadkan.

Katanya, syarikat tempatan perlu melihat kebaikan daripada perjanjian TPP itu yang membawa kepada situasi menang-menang dan memberikan persaingan lebih sihat.

"Dulu, kita pelabur kecil, tetapi syarikat banyak, kita ada banyak pelaburan besar di luar negara.

"Jadi jangan hanya ingat Amerika Syarikat akan 'makan' kita. Jangan ingat hanya orang lain besar. Syarikat kita seperti Petronas pun besar.

"Orang lain pun fikir macam itu terhadap kita. Kita kena keluar daripada kepompong dan lihat situasi menang-menang.

"Sebab itu Sarawak dan Sabah masuk Malaysia. Ini bagus untuk kita jadi makin besar. Kita lihat gambaran lebih besar," katanya.

Rundingan TTP dengan pembabitan 12 negara berjaya dimuktamadkan pada 5 Oktober lalu, namun sebahagian kandungan perjanjian itu belum lagi didedahkan Putrajaya.

Ia mendapat tentangan hebat daripada pelbagai pihak termasuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyifatkan perjanjian itu sebagai tidak bagus dan hanya merugikan Malaysia. – 11 Oktober, 2015.



- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.