Ahmad perlu sokongan. |
Penegasan Ahmad itu disifat sebagai satu janji dan ditunggu-tunggu pelaksanaannya apabila sudah tiba masanya.
Dengan mengambil kira beliau
berlatar belakangkan pendidikan agama dan kebetulan pula kini merupakan
timbalan Mursyidul Am Pas, Ahmad dikira akan berpegang kepada
penegasannya itu dan memahami akan kewajiban apabila berjanji?
Itulah yang dianggap umum. Tetapi ia tidak kepada saya. Sejak hari pertama beliau melapazkan penegasan iu saya sudah menjangkakan beliau tidak akan mengosongkan kerusi MB. Dengan memahami dunia dan kerenah orang politik, Ahmad juga saya lihat akan meniru dan berbuat hal yang sama.

Memahami madah saya dalam politik berbunyi;
"janji dalam politik bukan untuk ditunai, tetapi untuk dibohongi" maka
janji Ahmad itu tidak menjadi kudis gatal pun.
Alasan yang diberikan oleh Adun Pasir Pekan itu untuk tidak meletakkan jawatan kerana dia sudah melakukan sesuatu untuk melaksanakan hudud, jadi tidak timbul kalau beliau tidak melepaskan jawatan itu.

Secara
peribadi, kerana saya sudah menduga ia akan tidak terjadi, maka elok
juga kalau Ahmad terus menjadi MB setidak-tidaknya sehingga pilihan raya
umum akan datang.
Apa lagi dia juga berjanji akan terus melaksanakan hudud, maka berilah masa kepadanya. Jika hendak dikira tempoh dia menjadi MB hanya baru tiga tahun, sedang Enakmen Jenayah Syariah II (Hudud) diiluluskan sejak tahun 1993 lagi tetapi ia tidak pernah diusahakan sehingga cadangan membentangkan usul persendirian di parlimen untuk melaksanakan itu dilakukan.
Dari segi tindakan atau tanggungjawab yang diambil oleh Ahmad jauh lebih besar dan ke hadapan berbanding dengan apa yang berlaku dizaman Tokguru Nik Abdul Aziz yang mana tidak pernah pun terfikir untuk membawa usul persendirian bagi membolehkan Hudud dilaksanakan.
Cadangan hudud di zaman Allahyarham Nik Aziz terhenti sebaik sahaja mendapat surat ugutan daripada Dr. Mahathir Mohamad.
Selain itu ada bagusnya juga kalau Ahmad terus menjadi MB bagi mengelakkan timbul pergolakan baru dalam Pas Kelantan.

Persoalannya
kalau Ahmad berhenti siapakah yang akan menjadi MB? Sehingga hari ini
tidak ada tokoh yang layak untuk mengganti beliau sebahgai MB baik dari
segi pengalaman dan juga keilmuan.
Walaupun Mohd Amar Nik Abdullah menjadi TMB, tetapi beberapa kelemahan dan juga prestasi yang tidak berapa memuaskan ditunjukkan Mohd Amar baik semasa menjadi TMB dan juga Exco tiidak menyerlahkan akan kemampuannya untuk memanggung jawatan itu.

Beberapa isu yang membelit Kelantan ketika
ini sedikit sebanyak timbul kerana pendekatan dan stail politik Mohd
Amar yang dilihat sebagai "agah". Karektor Mohd Amar juga kurang digemar
oleh rakyat Kelantan.
Sementara bekas Exco Husam Musa yang dilihat umum sepatutnya menjadi MB dan layak, tidak pula berada dalam suasana beliau berpeluang untuk menjadi MB.

Kedudukanya kini semakin jauh dari bendul kekuasaan Pas
Kelantan setelah dilakukan pengasingan, menyebabkan tidak mudah atau ada
jalan pintas baginya untuk menduduki kerusi MB. Husam boleh menjadi MB
sekiranya Pas Kelantan sepakat untuk melantiknya menjadi MB.
Justeru keadaan itu semua maka moleklah kalau Ahmad terus menjadi MB, memimpin Kelantan disamping terus memberi peluang kepadanya melaksanakan agenda penting Pas, Hudud daripada jawatan itu dipegang Mohd Amar.

Sekiranya beliau dilihat lemah dan kering idea untuk membangun
pengurusan Kelantan, semua pihak hendaklah berpakat membantunya dan
tidak menunding jari kepadanya.
Jadi isu bila atau apakah Ahmad akan berhenti kalau hudud gagal dilaksanakan tahun ini, kini sudah tamat.

Dan janji politik Ahmad itu
tidak membawa apa-apa implikasi buruk kepadanya, apa lagi janji itu jauh
lebih ringan kalau dibandingkan dengan ikrar taklik yang diperkenalkan
Pas Kelantan kepada wakil rakyat yang mana itu pun dilanggarinya. [wm.kl.8:59 pm 21/10/15]
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.