Followers

Thursday, October 29, 2015

Saman Ling: Peguam Umno jumpa PM hari ini atau esok




Peguam Umno merancang bertemu Datuk Seri Najib Razak hari ini atau esok bagi membincangkan rancangan mengambil tindakan terhadap bekas presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik.

“Saya akan beritahu kamu (pemberita) hasilnya dan bila kita akan failkan saman,” kata Datuk Mohd Hafarizam Harun.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengemukakan penghujahan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam kes melibatkan bekas wanita Umno Langkawi Anina Saadudin.

Ling sambil menegaskan beliau seorang penyabar, berkata beliau hairan kenapa perdana menteri Razak lambat memfailkan saman terhadapnya.

Najib sebelum ini menghantar surat tuntutan kepada bekas menteri pengangkutan itu kerana menuduhnya mengambil wang rakyat.

Ling enggan menarik balik kenyataan atau meminta maaf memaklumkan kesediaannya berdepan Najib di mahkamah.

Tempoh tujuh hari untuk menarik balik kenyataan dan memohon maaf yang diberikan luput pada 12 Oktober lalu.

Berkaitan isu The Wall Street Journal, Hafarizam tidak dapat mengingi dengan jelas bila surat kedua kepada harian kewangan antarabangsa itu dihantar bagi mendapatkan jawapan sama ada “Akta Speech” akan digunakan.

“Mungkin bulan lepas,” katanya.

Akta Speech melindungi Amerika Syarikat, khususnya syarikat media, daripada berdepan penghakiman fitnah di luar negara daripada negara itu.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.