Followers

Saturday, October 17, 2015

Polis Tak Benar Jamal Buat Himpunan Haram Di Selangor


Zar Ali's photo.

Polis hari ini berkata ia tidak akan membenarkan Ketua Umno Sungai Besar Datuk Jamal Md Yunos mengadakan demonstrasi anti-kerajaan Selangor.

Ia dijadual diadakan Ahad ini di sebuah pusat membeli-belah di Ampang.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Khairuddin Saad menggesa orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan tersebut dan menyatakan bahawa ia tidak mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012 (PAA), demikian menurut Sin Chew Daily.

Beliau dipetik sebagai berkata, jika pihak penganjur berkeras untuk menganjurkan perhimpunan itu, pihak polis akan mengambil tindakan yang perlu.

Khairuddin berkata, pihak yang merancang protes itu telah memaklumkan kepada pihak polis, dan juga Majlis Perbandaran Ampang Jaya, mengenainya.

Bagaimanapun, beliau berkata majlis perbandaran telah menolak permintaan penganjur untuk menggunakan Spectrum Ampang sebagai tempat untuk mengadakan protes tersebut.

Di bawah PAA, penganjur perhimpunan perlu mendapatkan kebenaran dari pemilik tempat mereka ingin gunakan untuk mengadakan protes.

Khairuddin berkata, polis sehingga ini telah menerima beberapa laporan terhadap perhimpunan tersebut.

Sabtu lalu, Jamal mengancam untuk mengadakan protes di kawasan Dewan Undangan Negeri Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail di Kajang tetapi kemudian membatalkan rancangan itu dan sebaliknya mahu mengadakannya di Ampang.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.