Para penganalisis mengatakan keberkesanan langkah-langkah Bajet 2016 untuk meningkatkan pendapatan boleh guna bagi golongan miskin adalah ragu-ragu.

Langkah yang diambil untuk rakyat Malaysia berpendapatan rendah dalam Bajet 2016 mendapat pujian pakar dan penganalisis, tetapi mereka juga mempersoalkan keberkesanan jangka panjang langkah tersebut dalam meningkatkan pendapatan boleh guna (disposable income).
Sesetengahnya juga ragu-ragu sama ada langkah seperti pengecualian cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang lebih luas dapat membantu isi rumah yang terjejas teruk dalam menangani inflasi yang semakin meningkat, yang sebenarnya berpunca dari pengenalan cukai penggunaan itu sendiri.
Terdapat juga kebimbangan di mana, ketika beberapa pihak disasarkan, seperti penoreh getah dan petani, yang lain terlepas pandang, contohnya golongan miskin bandar yang tinggal di rumah pangsa, kata ahli akademik Datuk Dr Denison Jayasooria.
Paling penting, katanya, adalah persoalan pelaksanaan dan memastikan langkah berkenaan benar-benar sampai kepada rakyat yang hendak dibantu.
"Sambil terdapat penekanan kepada pembangunan inklusif, banyak daripada kategori itu yang masih menumpukan kepada aspek etnik.
"Berdasarkan kepada kategori etnik dan peruntukan yang dirancang, nampaknya ada jurang perbezaan yang sangat besar," kata tenaga pengajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu.
Lebih banyak pengecualian dan bantuan
Datuk Dr Denison Jayasooria berkata terdapat jurang perbezaan yang amat besar dalam kategori etnik dan peruntukan Bajet 2016 kepada golongan miskin.

Bajet 2016 adalah yang pertama daripada lima bajet dalam mencapai Rancangan Malaysia ke-11, satu pelan tindakan lima tahun yang sepatutnya menjadikan Malaysia negara ekonomi maju, berpendapatan tinggi.
Salah satu teras utamanya ialah membantu kumpulan 40% isi rumah Malaysia atau "B40". Istilah ini dicipta dalam RMK-11, merujuk kepada 2.7 juta isi rumah dengan pendapatan purata RM2,500 sebulan.
Langkah yang diambil di bawah Bajet 2016 untuk B40 merupakan sebahagian daripada matlamat RMK-11 untuk menggandakan pendapatan purata mereka kepada RM5,000 pada 2020.
Antara pengumuman yang akan memberi kesan secara langsung ke atas B40 termasuk kenaikan RM100 dalam gaji minimum sektor swasta daripada RM900 kepada RM1,000 sebulan, dan RM1,200 sebulan bagi kakitangan awam.
Bajet ini juga akan meningkatkan pemberian wang tunai di bawah skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), memberi kesan kepada sekurang-kurangnya 4.7 juta isi rumah yang berpendapatan di bawah RM4,000 sebulan dan 2.7 juta pekerja dengan pendapatan di bawah RM2,000 sebulan.
Peruntukan juga disediakan bagi skim mikro kredit di bawah Tekun dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) serta program khusus untuk Bumiputera kecil, usahawan India dan Cina.
Juga diumumkan berita baik untuk isi rumah berpendapatan sederhana dalam bentuk pelepasan cukai pendapatan. Pengecualian cukai yang lebih tinggi diumumkan bagi mereka yang mempunyai anak bawah 18 tahun, mereka yang membayar bil perubatan ibu bapa dan mereka yang mempunyai anak yang belajar di universiti.
Diskriminasi mengikut sektor
"Program-program keusahawanan di Yayasan Tekun, AIM dan kementerian belia adalah yang paling kritikal. Tumpuan kepada Bumiputera dan kaum India juga sesuatu yang baik," kata Jayasooria, yang mengkaji dan terlibat dalam program basmi kemiskinan.
Jayasooria menyifatkan langkah menaikkan gaji minimum sebagai baik, tetapi merasakan ia harus lebih hampir kepada RM1,500.
Pendapat beliau turut dikongsi Yin Shao Loong dari Institut Rakyat, yang mempersoalkan mengapa Putrajaya tidak mengikut saranan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang mengesyorkan gaji minimum RM1,200 untuk sektor swasta.
"Dalam mencadangkan jumlah itu, MTUC membuat perkiraan berdasarkan konsep 'bakul barangan' (basket of goods). Jadi, sesuatu yang pelik mengapa kerajaan tidak menerima cadangan ini dan bagaimana kerajaan buat perkiraan mereka?" soal Yin, pengarah eksekutif badan pemikir itu.
Putrajaya juga disifatkan tidak konsisten apabila menetapkan kadar sektor swasta lebih rendah RM200 daripada perkhidmatan awam. Sektor awam kemudiannya hanya akan menyedut pekerja dari sektor swasta, kata Yin.
Memandangkan Putrajaya mahu perbelanjaan sektor swasta memacu pertumbuhan ekonomi dan bilangan pengambilan kakitangan awam adalah terhad, lebih masuk akal sekiranya diselaraskan gaji di kedua-dua sektor itu.
"Kadar gaji minimum yang berlainan antara bandar dan luar bandar boleh difahami, tetapi tidak sepatutnya ada perbezaan di antara sektor yang berbeza," katanya.
Kadar sifar lebih baik dari pengecualian cukai
Putrajaya juga mengumumkan lebih banyak barangan dikategorikan sebagai berkadar sifar seperti ubat-ubatan terkawal dan beberapa jenis makanan seperti susu rumusan bayi dan gula perang, yang menurut aktivis pengguna Datuk Paul Selvaraj, akan membawa kepada penjimatan besar.
"Pengguna berpendapatan rendah juga akan mendapat manfaat daripada rebat yang diberi untuk kad prabayar telefon bimbit," kata Setiausaha Agung Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) itu.
Lebih banyak pengecualian cukai, kata Selvaraj, juga akan meningkatkan pendapatan boleh guna dan memenuhi janji yang dibuat Putrajaya ketika mengumumkan GST.
Tetapi, Yin berpendapat, tambahan pengecualian GST itu hanya semata-mata bagi memperbaiki sistem yang sememangnya sudah menyusahkan ramai pengguna dan perniagaan dalam keadaan ekonomi yang mencabar.
Katanya, terdapat data yang menunjukkan, sejak GST mula dilaksanakan pada April, kadar inflasi di kalangan mereka yang berpendapatan RM3,000 ke bawah lebih tinggi daripada kadar inflasi purata nasional, seperti yang ditunjukkan melalui Indeks Harga Pengguna (IHP).
"Jadi, ada bukti yang golongan berpendapatan rendah tidak meraih manfaat daripada pengecualian GST dan kawalan harga berbanding pengguna kelas menengah dan kelas atasan."
Walaupun terdapat pengecualian GST, keseluruhan rantaian bekalan industri dan runcit masih perlu menangani kos yang lebih tinggi disebabkan GST dan ringgit yang makin lemah, kata Yin.
Daripada memberikan pengecualian, satu moratorium sementara ke atas GST yang melibatkan semua pihak akan lebih membantu orang ramai dan perniagaan menangani inflasi.
Bebas daripada cukai tambahan akan meningkatkan perbelanjaan swasta dan memacu pertumbuhan ekonomi, kata Yin. – 24 Oktober, 2015.
http://www.themalaysianinsider.com.
Pengecualian Bajet 2016 bukan penyelesaian jangka panjang si miskin
Langkah yang diambil untuk rakyat Malaysia berpendapatan rendah dalam Bajet 2016 mendapat pujian pakar dan penganalisis, tetapi mereka juga mempersoalkan keberkesanan jangka panjang langkah tersebut dalam meningkatkan pendapatan boleh guna (disposable income). Sesetengahnya juga ragu-ragu sama ada langkah seperti pengecualian cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang lebih luas dapat membantu isi rumah yang terjejas teruk dalam menangani inflasi yang semakin meningkat, yang sebenarnya berpunca dari pengenalan cukai penggunaan itu sendiri.
Terdapat juga kebimbangan di mana, ketika beberapa pihak disasarkan, seperti penoreh getah dan petani, yang lain terlepas pandang, contohnya golongan miskin bandar yang tinggal di rumah pangsa, kata ahli akademik Datuk Dr Denison Jayasooria.
Paling penting, katanya, adalah persoalan pelaksanaan dan memastikan langkah berkenaan benar-benar sampai kepada rakyat yang hendak dibantu. "Sambil terdapat penekanan kepada pembangunan inklusif, banyak daripada kategori itu yang masih menumpukan kepada aspek etnik.
"Berdasarkan kepada kategori etnik dan peruntukan yang dirancang, nampaknya ada jurang perbezaan yang sangat besar," kata tenaga pengajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu.
Lebih banyak pengecualian dan bantuan
Bajet 2016 adalah yang pertama daripada lima bajet dalam mencapai Rancangan Malaysia ke-11, satu pelan tindakan lima tahun yang sepatutnya menjadikan Malaysia negara ekonomi maju, berpendapatan tinggi.
Salah satu teras utamanya ialah membantu kumpulan 40% isi rumah Malaysia atau "B40". Istilah ini dicipta dalam RMK-11, merujuk kepada 2.7 juta isi rumah dengan pendapatan purata RM2,500 sebulan.
Langkah yang diambil di bawah Bajet 2016 untuk B40 merupakan sebahagian daripada matlamat RMK-11 untuk menggandakan pendapatan purata mereka kepada RM5,000 pada 2020.
Antara pengumuman yang akan memberi kesan secara langsung ke atas B40 termasuk kenaikan RM100 dalam gaji minimum sektor swasta daripada RM900 kepada RM1,000 sebulan, dan RM1,200 sebulan bagi kakitangan awam.
Bajet ini juga akan meningkatkan pemberian wang tunai di bawah skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), memberi kesan kepada sekurang-kurangnya 4.7 juta isi rumah yang berpendapatan di bawah RM4,000 sebulan dan 2.7 juta pekerja dengan pendapatan di bawah RM2,000 sebulan.
Peruntukan juga disediakan bagi skim mikro kredit di bawah Tekun dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) serta program khusus untuk Bumiputera kecil, usahawan India dan Cina.
Juga diumumkan berita baik untuk isi rumah berpendapatan sederhana dalam bentuk pelepasan cukai pendapatan. Pengecualian cukai yang lebih tinggi diumumkan bagi mereka yang mempunyai anak bawah 18 tahun, mereka yang membayar bil perubatan ibu bapa dan mereka yang mempunyai anak yang belajar di universiti.
Diskriminasi mengikut sektor
"Program-program keusahawanan di Yayasan Tekun, AIM dan kementerian belia adalah yang paling kritikal. Tumpuan kepada Bumiputera dan kaum India juga sesuatu yang baik," kata Jayasooria, yang mengkaji dan terlibat dalam program basmi kemiskinan.
Jayasooria menyifatkan langkah menaikkan gaji minimum sebagai baik, tetapi merasakan ia harus lebih hampir kepada RM1,500.
Pendapat beliau turut dikongsi Yin Shao Loong dari Institut Rakyat, yang mempersoalkan mengapa Putrajaya tidak mengikut saranan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang mengesyorkan gaji minimum RM1,200 untuk sektor swasta.
"Dalam mencadangkan jumlah itu, MTUC membuat perkiraan berdasarkan konsep 'bakul barangan' (basket of goods). Jadi, sesuatu yang pelik mengapa kerajaan tidak menerima cadangan ini dan bagaimana kerajaan buat perkiraan mereka?" soal Yin, pengarah eksekutif badan pemikir itu.
Putrajaya juga disifatkan tidak konsisten apabila menetapkan kadar sektor swasta lebih rendah RM200 daripada perkhidmatan awam. Sektor awam kemudiannya hanya akan menyedut pekerja dari sektor swasta, kata Yin.
Memandangkan Putrajaya mahu perbelanjaan sektor swasta memacu pertumbuhan ekonomi dan bilangan pengambilan kakitangan awam adalah terhad, lebih masuk akal sekiranya diselaraskan gaji di kedua-dua sektor itu.
"Kadar gaji minimum yang berlainan antara bandar dan luar bandar boleh difahami, tetapi tidak sepatutnya ada perbezaan di antara sektor yang berbeza," katanya.
Kadar sifar lebih baik dari pengecualian cukai
Putrajaya juga mengumumkan lebih banyak barangan dikategorikan sebagai berkadar sifar seperti ubat-ubatan terkawal dan beberapa jenis makanan seperti susu rumusan bayi dan gula perang, yang menurut aktivis pengguna Datuk Paul Selvaraj, akan membawa kepada penjimatan besar.
"Pengguna berpendapatan rendah juga akan mendapat manfaat daripada rebat yang diberi untuk kad prabayar telefon bimbit," kata Setiausaha Agung Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) itu.
Lebih banyak pengecualian cukai, kata Selvaraj, juga akan meningkatkan pendapatan boleh guna dan memenuhi janji yang dibuat Putrajaya ketika mengumumkan GST.
Tetapi, Yin berpendapat, tambahan pengecualian GST itu hanya semata-mata bagi memperbaiki sistem yang sememangnya sudah menyusahkan ramai pengguna dan perniagaan dalam keadaan ekonomi yang mencabar.
Katanya, terdapat data yang menunjukkan, sejak GST mula dilaksanakan pada April, kadar inflasi di kalangan mereka yang berpendapatan RM3,000 ke bawah lebih tinggi daripada kadar inflasi purata nasional, seperti yang ditunjukkan melalui Indeks Harga Pengguna (IHP).
"Jadi, ada bukti yang golongan berpendapatan rendah tidak meraih manfaat daripada pengecualian GST dan kawalan harga berbanding pengguna kelas menengah dan kelas atasan."
Walaupun terdapat pengecualian GST, keseluruhan rantaian bekalan industri dan runcit masih perlu menangani kos yang lebih tinggi disebabkan GST dan ringgit yang makin lemah, kata Yin.
Daripada memberikan pengecualian, satu moratorium sementara ke atas GST yang melibatkan semua pihak akan lebih membantu orang ramai dan perniagaan menangani inflasi.
Bebas daripada cukai tambahan akan meningkatkan perbelanjaan swasta dan memacu pertumbuhan ekonomi, kata Yin. – 24 Oktober, 2015.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.