Followers

Saturday, October 31, 2015

PAS Selangor pertahan kerusi DUN pada PRU akan datang


Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad berkata partinya tahu DAP berhasrat bertanding 8 kerusi Dewan Undangan Negeri pada pilihan raya umum akan datang.

Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad berkata partinya tahu DAP berhasrat bertanding 8 kerusi Dewan Undangan Negeri pada pilihan raya umum akan datang.

PAS Selangor hari ini mempertikaikan hasrat DAP yang mahu bertanding di 8 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang disandang parti itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Pemimpin PAS Selangor memutuskan untuk mempertahankan semua 8 kerusi tersebut pada PRU akan datang kerana melihat tindakan DAP itu lebih kepada usaha bersama sekutunya iaitu Parti Amanah Negara (Amanah), yang merupakan parti serpihan PAS.

Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad berkata PAS sedia maklum DAP mahu merebut kerusi parti itu, namun pihaknya berpendirian untuk mempertahankan kerusi berkenaan.

"Sebelum ini kita dengar ada ura-ura mereka akan masuk kawasan PAS...kita akan terus bertanding di situ dan akan pertahankan kerusi kita," katanya kepada pemberita di lobi Dewan Undangan Negeri di Shah Alam.

Sementara itu, setiausaha PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman berkata PAS negeri tidak akan berundur dan memberi laluan kepada DAP dalam PRU itu.

"Apa rasionalnya DAP nak bertanding di kerusi yang dalamnya 70% pengundi Melayu? Ini bukti suara DAP adalah suara parti Amanah kerana kedua-dua parti ini berminat untuk bertanding di kerusi yang dimenangi PAS," katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paya Jaras.

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua dilaporkan sebagai berkata parti itu mungkin akan bertanding di 8 kerusi PAS dalam PRU akan datang dan sudah bersedia ke arah itu.

Kerusi itu ialah Taman Templer, Lembah Jaya, Sri Serdang, Meru, Cempaka, Dusun Tua, Tanjung Sepat dan Paya Jaras.

Bagaimanapun, Pua berkata keputusan itu akan diputuskan selepas perbincangan dibuat bersama Pakatan Harapan Selangor yang melibatkan DAP, PKR dan Amanah. – Bernama, 30 Oktober, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.