Followers

Monday, October 26, 2015

Panggil mesyuarat Pakatan, tengok siapa datang, kata Pua OLEH ANISAH SHUKRY


Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua menafikan dakwaan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man malam tadi yang Pakatan Rakyat masih hidup walaupun ia hanya dianggotai PKR dan PAS sendiri.

Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua menafikan dakwaan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man malam tadi yang Pakatan Rakyat masih hidup walaupun ia hanya dianggotai PKR dan PAS sendiri.

Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua hari ini mencadangkan satu mesyuarat majlis presiden Pakatan Rakyat (PR) diadakan, bagi menamatkan perdebatan mengenai sama ada pakatan pembangkang itu masih wujud atau tidak.

Beliau menafikan dakwaan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man malam tadi yang PR masih hidup walaupun ia hanya dianggotai PKR dan parti Islam itu sendiri.

"Pendirian DAP sama sampai mati, PR tidak lagi wujud.

"Kalau PR masih hidup, mungkin sesiapa boleh mengadakan mesyuarat majlis presiden PR dan lihat siapa yang akan hadir.

"Mungkin hanya PAS yang akan muncul. Jadi, jika itu yang berlaku, maka ia tidak wujudlah," kata Pua kepada pemberita selepas merakamkan kenyataan di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya hari ini.

Menegaskan semuanya kini berakhir, beliau berkata sebarang kerjasama antara PKR dan PAS ketika ini tidak ada kena mengena dengan PR sebagai satu pakatan rasmi seperti sebelum ini.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata malam tadi, PR masih hidup dan dianggotai PAS dan PKR, seperti yang dibuktikan melalui sokongan dan kerjasama politik antara mereka di Selangor dan Kelantan.

Tetapi Pengarah Pilihan Raya PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, PR sudah lama terkubur dan satu-satunya perikatan politik yang dianggotai PKR ialah Pakatan Harapan, yang turut dianggotai DAP dan Parti Amanah Negara, parti PAS serpihan.

Saifuddin berkata, empat mesyuarat yang diadakan antara PAS dan PKR setakat ini hanya menyaksikan kedua-dua pihak bertukar-tukar pandangan mengenai isu semasa, kerana menjadi dasar PKR mengekalkan pendekatan terbuka dan inklusif.

Ditanya mengenai pertemuan antara PAS dan PKR yang dilihat agak kerap, Pua hari ini berkata, bukan hak DAP menghalang dua parti itu dari bermesyuarat.

"PKR boleh bercakap dengan mana-mana pihak yang ia mahu bercakap, kerana ia parti yang lain, ia bukan DAP," katanya.

Tetapi, beliau berkata, jika PAS menyertai Pakatan Harapan, parti itu mesti bersetuju dengan platform dasar bersama gabungan itu yang diumumkan sebaik ia dilancarkan.

"Mana-mana pihak – saya fikir sudah dinyatakan sebelum ini – yang menerima platform dasar bersama kami dan boleh bekerja dalam rangka kerja gabungan itu serta bersetuju dengan perjanjian gabungan itu, boleh menyertai Pakatan Harapan," katanya.

PAS enggan menyertai pakatan baharu tersebut, mengatakan ia tidak lagi boleh bekerjasama dengan DAP selepas memutuskan hubungan dengan bekas sekutunya itu, dan menganggap pemimpin Amanah "pengkhianat" kerana meninggalkan PAS.

PKR, dalam mesyuarat khas Majlis Pimpinan Pusat pada 11 Oktober lalu memutuskan, keanggotaan Pakatan Harapan akan diperluaskan untuk cuba dan memasukkan PAS serta Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyertai mereka. – 25 Oktober, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.