Datuk Seri Nazri Aziz berkata Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu kekal jawatan nombor 2 Umno sehingga tamat tempoh, dan yakin beliau akan tewas selepas itu.
Datuk Seri Nazri Aziz berkata Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu kekal jawatan nombor 2 Umno sehingga tamat tempoh, dan yakin beliau akan tewas selepas itu.
Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Seri Nazri Aziz berikrar akan menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya kekal sebagai timbalan presiden sehingga pemilihan akan datang, lapor Malaysiakini.
Menteri pelancongan dan kebudayaan itu berkata, beliau akan lakukan apa sahaja bagi menyelamatkan pemimpin parti yang disingkirkan daripada Kabinet pada Julai, dan menambah kritikan harus dibenarkan dalam Umno.
"Sebagai parti yang akan menyambut ulangtahun ke 70 tahun tahun depan, kita harus mempunyai ruang cukup untuk perbezaan pendapat dan menerima kritikan," kata Nazri seperti dilaporkan Malaysiakini.
Nazri berkata, Muhyiddin seharusnya dibenarkan kekal sebagai timbalan presiden sehingga pemilihan akan datang, dan Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi boleh melawannya dan berkemungkinan menang.
"Biar dia teruskan sehingga tempoh berakhir. Kemudian, saya akan suruh Zahid lawan dia. Saya yakin Muhyiddin akan kalah," Nazri dipetik sebagai berkata.
Sambil berkata hanya MT boleh bertindak terhadap Muhyiddin, Nazri berkata beliau tidak pasti sama ada timbalan presiden Umno itu di antara 7 pemimpin dimaksudkan Setiausaha Agung Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang bakal digantung keahlian.
The Malaysian Insider hari ini memetik sumber berkata Umno bakal menggantung Muhyiddin sebelum perhimpunan agung pada Disember, ekoran serangan berterusan terhadap Datuk Seri Najib Razak berhubung kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi presiden parti Melayu itu.
Sumber parti mendedahkan, MT Umno sedang menyiapkan kertas pertuduhan untuk dibawa ke Lembaga Disiplin dengan bukti kesalahan dilakukan Muhyiddin.
Langkah ini diambil bagi menghalang Muhyiddin terus menyerang kepimpinan Umno semasa perasmian melibatkan sayap parti Disember nanti.
Difahamkan, keputusan penangguhan kali kedua mesyuarat MT pada 30 Oktober juga dikatakan bagi membuat persediaan menyingkir Muhyiddin. – 30 Oktober, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.