Followers

Tuesday, October 27, 2015

Najib Terkedu Dengan Berita Ini?


Putrajaya dan Umno perlu menunggu tanpa mengganggu siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dakwaan derma RM2.6 bilion ke dalam akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Ketua Pemuda Umno itu berkata, ini supaya kredibiliti siasatan terhadap syarikat sarat hutang itu terjamin.

"Ia masih dalam siasatan. SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) sedang siasat. Jadi apa yang diminta PM adalah masa.

"Kita Pemuda punya pandangan dalam isu 1MDB ataupun isu RM2.6 bilion.

"Kita tak boleh kata isu itu selesai. Kalau kerajaan kata isu ini selesai atau Umno cakap isu ini dah selesai ada keraguan sebab kita sendiri yang kata tak ada sebarang masalah, jadi kita kena tunggu," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Katanya, jika Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) ataupun agensi seperti SPRM sendiri membuat ketetapan, maka akan ada kredibiliti kerana siasatan dibuat pihak ketiga.

"Jadi kita bagi ruang siasatan ini diteruskan."

Sementara itu, beliau berkata tidak ada sebarang sekatan kepada perwakilan untuk membahaskan isu 1MDB dan derma RM2.6 bilion semasa Perhimpunan Agung Umno.

"Dalam 15 tahun saya jadi perwakilan, takda satu pun dalam perhimpunan agung kita letakkan sekatan terhadap perbahasan kepada pembahas-pembahas.

"Jadi bagi saya walaupun kita menghormati tatasusila dan juga tataetika perbahasan, saya rasa tak pernah ada usaha untuk menyekat suara pembahas daripada didengari oleh pucuk pimpinan parti."

 
ADDIN

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.