Followers

Monday, October 12, 2015

MPP PKR mesyuarat hari ini, tentukan nasib Rafizi


MPP PKR mesyuarat hari ini, tentukan nasib RafiziPETALING JAYA - Mesyuarat khas Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR hari ini yang dilewatkan dari jam 2 petang kepada 5 petang tanpa diketahui punca sebenar. 

Tinjauan Sinar Online di ibu pejabat parti itu mendapati seawal jam 1.30 tengahari tiada seorang pun kelibat pimpinan PKR namun seorang demi seorang mula kelihatan kira-kira jam 4.20 petang tadi.

Antara yang hadir ialah Presiden, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail;

Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali; Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua; Setiausaha Agung, Rafizi Ramli; Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin; Pengarah Strategi, Sim Tze Tzin serta Ketua Whip Parlimen, Datuk Johari Abdul.

Hadir sama Ahli MPP PKR, Abdullah Sani, G.Manivannan; Pengarah Biro Pelaburan dan Perdagangan, Wong Chen; Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh; Ahli Parlimen Padang Serai, N. Surendran dan bekas Timbalan Presiden, Dr Syed Husin Ali.

Terdahulu sebuah portal melaporkan bahawa mesyuarat khas MPP hari ini diadakan bagi menentukan nasib Rafizi sebagai setiausaha agung susulan satu petisyen dikemukakan 25 anggotanya baru-baru ini. 

Petisyen itu dipercayai sebagai bantahan mereka terhadap pengumuman pembentukan Pakatan Harapan, bulan lalu.

Selain mahu melucutkan jawatan Rafizi sebagai setiausaha agung, mereka juga dikatakan mahu MPP meluluskan cadangan agar dibentuk satu pakatan lain dengan Pas di samping mengekalkan Pakatan Harapan.

25 pemimpin PKR membuat petisyen mendesak MPP mengadakan mesyuarat khas hari ini ekoran pengumuman Wan Azizah mengenai pembentukan Pakatan Harapan selepas persidangan meja bulat parti-parti pembangkang dan NGO tanpa kehadiran Pas, bulan lepas.-SH


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.