Followers

Monday, October 12, 2015

MCA Cheras pula menambahkan sakit kepala Najib


 
Minta PM jelaskan isu RM2.6 bilion, 1MDB – MCA Cheras Perwakilan Cheras, Heng Yee Sinn dengan nada yang keras menarik perhatian perwakilan MCA dari pelbagai cawangan apabila mengemukakan isu berkenaan.


KUALA LUMPUR, 11 Oktober: Perhimpunan Agung Tahunan (AGM) MCA ke-62 yang bermula pada nada perlahan tiba-tiba dikejutkan apabila seorang perwakilan dengan nada tegas menggesa parti itu untuk mendapatkan penjelasan mengenai kontroversi sumbangan yang tidak dapat dijelaskan yang telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri.

Perwakilan Cheras, Heng Yee Sinn dengan nada yang keras menarik perhatian perwakilan MCA dari pelbagai cawangan apabila mengemukakan isu berkenaan.

“Sudah tiba masanya bagi MCA dengan tegas dan berani meminta Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) untuk menjelaskan mengenai 1Malaysia Develoment Berhad (1MDB) dan wang yang telah didepositkan ke dalam akaunnya,” kata perwakilan berkenaan.

Yee Sinn juga menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Bank Negara dan Polis Diraja Malaysia perlu benar-benar bebas untuk menjalankan siasatan.


Najib sebelum ini terlibat dalam ‘skandal terbesar’ dalam sejarah Malaysia selepas Wall Street Journal (WSJ) yang mendedahkan dalam dua artikelnya mengenai dana sebanyak RM2.6 bilion yang telah didepositkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri.

Bagaimanapun, kemasukan dana berkenaan telahpun dijelaskan bahawa wang itu bukan datang daripada 1MDB tetapi merupakan sumbangan kepada Najib. -



sumber Posted by mountdweller.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.