Followers

Thursday, October 22, 2015

Letak Jawatan MB: Pak Mat Temberang Lebih...


Hudud: MB Kelantan tak akan letak jawatan

KOTA BHARU - Adun Wakaf Baharu, Datuk Ahmad Yakob tidak akan meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan walaupun hukum hudud tidak dapat dilaksanakan di negeri ini tahun ini.

Ahmad, yang juga Timbalan Mursyidul Am Pas berkata, tanggungjawab beliau untuk membuat persediaan serta membawa perkara berkenaan ke peringkat tertinggi telah selesai.

"(Soal letak jawatan) itu apabila kita tidak dapat membuat persiapan. Sekarang ini kita telah siap semua. Pindaan (Kanun Jenayah Syariah II (Pindaan 2015) di Dewan Undangan Negeri) telah buat, (telah) selesai.

"Yang menghalang (pelaksanaan hudud), kerana kita tidak dapat buat pindaan terhadap Akta 355 Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965. Itu bukan tanggungjawab kita, jadi bahagian saya telah selesai," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Promosi Kanun Jenayah Syariah II (Pindaan 2015) dan Himpunan Belia Kelantan sempena majlis sambutan Hari Hududullah di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV di sini, hari ini.

Ahmad mengulas mengenai janji yang dibuatnya pada sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) tahun lepas yang menyatakan beliau sanggup melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan jika masih gagal melaksanakan hukum hudud di Kelantan tahun ini.

Ditanya mengenai kemungkinan usul undang-undang persendirian dapat dibahaskan pada persidangan Dewan Rakyat ketika undi ahli parlimen Pas semakin berkurangan selepas ada segelintir daripada calon parti itu melompat ke parti lain, Ahmad berkata, perkara berkenaan tidak melibatkan masalah parti.

"Ini bukan masalah parti atau bangsa, ini masalah orang Islam yang sepatutnya menyokong undang-undang ALLAH. Asal dia Islam, dia tidak terkecuali, itu yang asas.

"Kita tidak kira apa parti, apa jenis bangsa, asalkan mereka Muslim, mereka patut beri sokongan untuk pelaksanaan hukuman ALLAH ini," katanya. - Bernama

ULASAN GB

Maaf cakap, ketara betul Ahmad Yaakob kaki temberang.

Dahulu, beriya-iya kata "sanggup hilang jawatan" jika hudud tidak dilaksanakan di Kelantan semasa bercakap di sesi penggulungan Sidang Dun Kelantan pada tahun lepas.

Hari ini orang yang sama menyatakan beliau tak akan melepaskan jawatan MB Kelantan "walaupun hukum hudud tidak dapat dilaksanakan di negeri ini tahun ini".

Berdusta dan berbohong di dalam dewan undangan negeri.

Penyakit "Uturn" nampaknya sudah berjangkit-jangkit di kalangan pemimpin PAS bermula dengan Tuan presiden sendiri yang melakukan Uturn berkali-kali. Sila rujuk SINI

Bila sampai waktu dan ketika, rupa-rupanya, "prinsip" tidak dipertahankan. Kepentingan duniawi mengatasi segala-galanya.

Marah sangat dekat ahli parlimen tak letak jawatan kerana menyertai AMANAH, sehingga dimakinya mereka oleh Tuan presiden sebagai BARUA, TOLOL & PENGKHIANAT sedangkan pemimpin PAS sendiri tak letak jawatan walaupun gagal mengkotakan janji-janjinya dan tidak istiqamah dengan pendirian mereka.

Tidak mengapa, hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. Kebenaran akan tetap terserlah jua siapa sebenarnya BARUA, TOLOL dan PENGKHIANAT di dalam Islam.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.