Followers

Friday, October 23, 2015

Langkah Rawang?.. mai kot mana pulak dah ni?


Kelmarin, sebuah portal melaporkan terdapat desas-desus menyatakan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rawang bakal dikosongkan dan Mohamed Azmin akan disingkirkan sebagai Menteri Besar manakala Saifuddin menggantikannya.

Menurut laporan tersebut, khabar angin semakin kencang bertiup dalam kalangan pemain politik PKR malah ramai yang melihat usaha ke arah itu semakin giat dirancang dan digerakkan.

Laporan itu turut mengaitkan gerakan berkenaan dengan kemungkinan tindakan Moha­med Azmin yang menidakkan permintaan DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah) bagi me­nyingkirkan Pas daripada memegang jawatan Exco kerajaan negeri.

Menariknya ramai ahli PKR yang dipilih sebagai pemimpin pun tak tahu wujudnya apa yang dikatakan 'Langkah Rawang' ini.. cuma admin portal tersebut saja yang tahu..

Bila ditanya beberapa pemimpin kanan Selangor tentang kewujudan 'Langkah Rawang' ini mereka pun terpinga-pinga..

DATO SERI SAIFUDDIN ABDULLAH

Presiden pun tak tahu menahu.. jadi mai kot mana pulak 'Langkah Rawang' ni?

Mohamed Azmin Ali menafikan khabar angin yang Datuk Saifuddin Abdullah bakal menggantikannya sebagai menteri besar Selangor melalui “Langkah Rawang”, lapor Sinar Harian.
Azmin mengulas khabar angin dalam sebuah portal Isnin lalu mengenai Langkah Rawang yang bertujuan menyingkirkan Azmin sebagai menteri besar dan akan digantikan dengan bekas ahli Majlis Tertinggi Umno itu. 
“Saya tidak pernah dengar benda macam itu. Saya dengar benda betul sahaja. Benda yang tidak betul saya tidak mahu dengar.  
“Langkah Rawang adalah spekulasi yang tidak betul dan tidak ada kena mengena dengan jawatan saya sebagai menteri besar sekarang,” kata Azmin seperti dilaporkan akhbar Sinar Harian.  
Portal itu sebelum ini mengatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rawang Gan Pei Nei daripada PKR akan mengosongkan kerusinya memberi laluan bekas timbalan menteri pengajian tinggi itu untuk bertanding dalam pilihan raya kecil.  
Portal itu turut mengatakan, langkah untuk menjatuhkan Azmin sedang giat dilakukan penentang-penentangnya di Selangor.  
“Adun Rawang akan mengosongkan kerusi itu bagi membolehkan diadakan semula PRK DUN Rawang untuk memberi laluan kepada Saifuddin selaku ayam sabung PKR yang diperkatakan ramai bakal menjadi MB baru bagi menyingkirkan Azmin yang semakin ditolak ramai pemimpin mahupun ahli PKR,” tulis portal itu -
 \
The Malaysian Insider

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.