Followers

Friday, October 9, 2015

Kes Mak Nyah Berpakaian Wanita, Bukti 'Kelamkabut' Perundangan M'sia. Posted by Ibnu Hasyim



Putrajaya: Mahkamah Persekutuan semalam telah membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 menghukum lelaki berpakaian wanita sebagai tidak berperlembagaan.

Memetik laporan Harian Metro, Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif dalam keputusan sebulat suara membenarkan bantahan kerajaan Negeri Sembilan dan lima lagi terhadap keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini.

Hakim Md Raus telah memutuskan keputusan permohonan untuk mencabar kesahihan enakmen itu tidak boleh dibuat melalui semakan kehakiman.

Menurut beliau lagi responden berkenaan tidak mengikut prosedur yang betul dan hakim di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan tidak sepatutnya melayan permohonan itu.

Turut bersidang adalah Hakim Tan Sri Ahmad Maarop, Tan Sri Hasan Lah, Datuk Azahar Mohamed dan Datuk Zaharah Ibrahim.

Pada 7 November tahun lalu, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan dikemukakan tiga transgender iaitu Muhamad Juzaili Mohamad Khamis, 26, Syukor Jani, 28, dan Wan Fairol Wan Ismail, 30.

Dalam keputusan itu Mahkamah Rayuan mengisytiharkan Seksyen 66, Enakmen Jenayah Syariah Undang-undang Negeri Sembilan 1992 tidak sah dan bercanggah dengan perlembagaan.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ini satu lagi bukti bercempera atau kelam-kabutnya sistem perundangan di Malaysia. Mahkamah Persekutuan semalam telah membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 menghukum lelaki berpakaian wanita sebagai tidak berperlembagaan.

Ertinya lelaki berpakaian perempuan tidak salah, Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 (menghukum lelaki berpakaian wanita) sebagai tidak mengikut perlembagaan. Di situ rendahnya perundangan syariah Islam berbanding Mahkamah Persekutuan. Islam tidak berwibawa dan bermaruah di negara sendiri.

Bagaimana hukum sebenar dalam Islam? 

Hukum Wanita Menyerupai Lelaki (Pengkid) Dan Hukum Lelaki Menyerupai Perempuan (Pondan Dan Mak Nyah)
Tarikh Keputusan:  18 Dec, 2008

Keputusan E-Fatwa: Portal Rasmi fatwa Malaysia: 
BAHAWASANYA Jawatankuasa Fatwa,pada menjalankan kuasanya di bawah seksyen 36 dan seksyen 37 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004 (Enakmen 4 tahun 2004), telah menyediakan fatwa yang terkandung dalam ini:     

Dan bahawasnya menurut seksyen 37 Enakmen yang sama, Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak Darul Ridzuan telah menperkenankan penyiaran fatwa ini dalam Warta dan Kerajaan Negeri telah dimaklumkan tentang fatwa ini:      

Maka, oleh yang demikian, pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 37 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004, Jawatankuasa fatwa, dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan, membuat dan menyiarkan fatwa yang berikut:           

"Pengkid, iaitu wanita yang berpenampilan dan mempunyai gerak laku serta naluri seksual seperti lelaki, dan lelaki yang menyerupai wanita, ( mak nyah/pondan ) sama ada dari segi pakaian, penampilan dan gerak laku serta naluri seksual seperti wanita adalah HARAM di sisi Islam.      

Ibu bapa dan masyarakat Islam hendaklah memberi perhatian serius terhadap gejala ini serta menekankan pendidikan, tunjuk ajar yang sebaik-baiknya kepada anak-anak mereka khususnya dalam aspek berpakaian, perlakuan dan penampilan supaya gejala seumpama ini dapat dielakan kerana ia adalah berlawanan dengan fitrah dan sunnatullah"  

Keterangan/Hujah: 
1. Dalam menyatakan isu berkaitan wanita menyerupai lelaki, majoroti ulama" bersepakat bahawa Islam melarang perbuatan tersebut sama seperti lelaki dilarang menyerupai wanita. Merujuk kepada kitab Fiqh al-Islami wa Adillatuh, Dr. Wahbah al-Zuhaili menegaskan bahawa haram ke atas lelaki menyerupai wanita dan begitu juga sebaliknya, haram wanita menyerupai lelaki. 

Sabda Rasulullah SAW : عن ابن عباس رضي الله عنهما قال : لعن النبي صلى الله عليه وسلم المخنثين من الرجال ، المترجلات من النساء Maksudnya : 
  • Daripada Ibn Anas r.a berkata Rasulullah SAW melaknat mereka yang menyerupai wanita daripada kalangan lelaki dan mereka yang menyerupai lelaki daripada kalangan wanita (HR al Bukhari) 
Maksud menyerupai dalam konteks hadith di atas termasuklah daripada aspek gaya rambut, perhiasan, penampilan, cara bercakap, cara berpakaian dan sebagainya. (LAMPIRAN 1) 

2. Al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-"Uthaimin menerusi bukunya Fatawa wa Rasai"il Lil Nisa" menegaskan bahawa haram ke atas lelaki menyerupai kaum wanita samada dari aspek tingkah laku, percakapan, perhiasan, cara berpakaian dan sebagainya dalam perkara yang dikhususkan untuk wanita. Begitu juga sebaliknya, haram ke atas wanita menyerupai kaum lelaki. Sabda Rasulullah SAW عن أبي هريرة رضي الله عته قال : لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم الرجل يلبس لبسة المرأة ، والمرأة تلبس لبسة الرجل Maksud : 
  • Daripada Abi Hurairah r.a berkata :Rasulullah SAW telah melaknat orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan perempuan yang memakai pakaian lelaki. (HR Abu Daud)  
Status Penwartaan: 
 Diwartakan
Tarikh Diwartakan: 
 10 Jun, 2010
Nombor Rujukan: 
 MNPK.A351.1ST/01/7 JLD 2;PU.Pk.07/2001
Akta/Enakmen: 
 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004
(IH)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.