Followers

Tuesday, October 27, 2015

Hanya pemimpin amanah berani bercakap benar – Mufti Perlis By canang


 
Beliau menghuraikan ungkapan Abu Bakar al-Siddiq 'Benar itu amanah, bohong itu khianat' mengikut keadaan semasa.

PETALING JAYA: Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin meneruskan siri-siri mengkritik pemimpin negara yang pada pendapat dan pandangannya gagal melaksanakan tanggung jawab dengan baik terhadap rakyat.

Kali ini, beliau yang lebih dikenali sebagai Dr Maza memperli pemimpin yang suka berbohong dan mengarahkan orang lain berbohong bagi pihaknya.

Tanpa menuju kepada sesiapa secara spesifik, katanya, pemimpin yang suka berbohong bukanlah seorang pemimpin yang baik dan amat malang bagi rakyat yang terpaksa hidup di bawah pembohongan itu.

Beliau memetik kata-kata Abu Bakar al-Siddiq pada awal pelantikan sebagai Khalifah Islam yang berbunyi ‘benar itu amanah, bohong itu khianat’ dan menghuraikannya berdasarkan keadaan semasa.

“Ternyata bahawa pemimpin jika dia bercakap benar maka itulah amanah beliau.

“Apabila beliau berbohong maka itulah bukti pengkhianatan.

“Hanya pemimpin yang amanah sahaja berani bercakap benar sedangkan pemimpin yang khianat terpaksa berbohong dengan segala bahasa dan helah agar pengkhianatan tidak terdedah.

“Lebih dari itu orang lain juga akan dikerahkan berbohong untuknya maka hilanglah kewibawaan dan hiduplah rakyat di bawah pembohong dan pembohongan.

“Demikianlah mendalamnya maksudnya ungkapan Abu Bakar al-Siddiq itu,” tulisnya di Facebook.

Dr Maza berkata, walaupun kata-kata itu ringkas namun hakikatnya ia sesuai merentasi zaman dan tempat.

Beliau dipercayai merujuk kepada senario politik semasa yang digemparkan dengan pendedahan demi pendedahan melibatkan Perdana Menteri dan isterinya yang dikaitkan dengan kontroversi 1MDB.sumber

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.