AMANAH
- walau pun pada dasar tidak menjejaskan kedudukan PAS, tapi kepimpinan
PAS bercakap dan tidak serupa apa yang di lafaskan, terus di buru oleh
buru oleh bayang-bayang sendiri.
Mereka masih merisaui " kehebatan parti
bongsu ini. Walau pun baru beberapa hari lepas kekuatan PAS telah di
uji dengan Fastaqim di Kota Baru.
Isu rombongan kepimpinan AMANAH berjuMpa dengan Qardhawi telah di jadikan modal terbaru PAS untuk " membusukkann" AMANAH.
Isu rombongan kepimpinan AMANAH berjuMpa dengan Qardhawi telah di jadikan modal terbaru PAS untuk " membusukkann" AMANAH.
Ini jelas dengan
perbezaan pendapat antara Presiden PAS yang juga Naib Presiden Ulama
Dunia dengan Presidennya sendiri kaitan dengan kepelbagaian parti yang
memperjuangkan Islam di sesebuah negara.
Ini kata HAJI HADI
Ini pula buku tulisasn Qardhawi
Ini Jawapan Atas Dakwaan AMANAH Diharamkam Oleh Yusuf Al Qardawi
Ini kata HAJI HADI
Ini pula buku tulisasn Qardhawi
Ini Jawapan Atas Dakwaan AMANAH Diharamkam Oleh Yusuf Al Qardawi
1.
Saya - Salehuddin Ayub ( gambar ) telah mengetuai misi Antarabangsa
Amanah ke Doha, Qatar Dan Istanbul, Turki dari 13hb Oktober hingga 18
Oktober, 2015. Misi ini bertujuan untuk memposisi dan memperkenalkan
Amanah dikalangan gerakan Islam Antarabangsa .
2. Bersama saya ialah Ust Abd Ghani Shamsuddin, Timbalan Penasihat Umum Amanah dan Hj Asmuni Awi, Bendahari Amanah.
3.
Semasa di Doha, Qatar 13hb Oktober, 2015, kami telah mengadakan
pertemuan dengan Prof Ali Alqaradaghi, Setiausaha Agong Kesatuan Ulamak
Islam SeDunia. Pertemuan hampir 2 jam itu antaranya adalah
memperkenalkan kewujudan Amanah. Perbincangan kami amat mesra dan saling
bertukar pandangan dan memperjelaskan beberapa isu yang dibangkitkan
mengenai Amanah.
4.
Kami juga telah bertemu dengan Sheikh Ibrahim Munir , Setiausaha Agong
Ikhwanul Muslimin semasa di Istanbul, Turki. Diakhir pertemuan beliau
telah mencadangkan agar satu pertemuan diadakan diantara Amanah dan Pas
dan mengesyorkan Prof Yusuf Qardawi menjadi pihak ketiga. Pertemuan ini
diadakan pada 16hb Oktober, 2015.
5.
YB Dato' Mujahid Yusuf Rawa pula telah bertemu sendiri dengan Prof
Yusuf Qardawi di Doha, Qatar pada 18hb Oktober yang membawa mesej yang
sama. Sekali lagi dimaklumkan bahawa usaha untuk mempertemukan Amanah
dan Pas adalah dipersetujui dan dialu-alukan leh Prof Yusuf Al Qardawi.
6.
Oleh itu adalah tidak benar sama sekali dakwaan yang menyatakan fatwa
dari Prof Yusuf Al Qardawi bahawa kewujudan Amanah adakah haram di
Malaysia.
7.
Saya sebagai mewakili Amanah mempertegaskan bahawa Amanah bersedia dan
sentiasa terbuka untuk bertemu , berbincang dan komited untuk menyertai
apa-apa perbincangan dengan mana-mana pihak demi kepentingan perjuangan
Islam dan ummah seluruhnya.
8.
Amanah juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada tokoh-tokoh ulamak
dan gerakan Islam tersohor dunia yang menunjukan sikap terpuji serta
mengambil pendekatan terbuka dan memberi peluang untuk berbincang dengan
Amanah dan bukanya mengambil pendekatan mencerca dan menghukum
sewenang-wenangnya.
Salahuddin Hj Ayub
Timbalan Presiden Amanah
Kuala Lumpur 19hb Oktober , 2015
CATATAN:
Kepelbagaian Parti Politik Sama Seperti Kepelbagaian Mazhab Figh,
melalui buku penulisan Dr Yusuf Al Qardhawi, 'FIGH DAULAH' secara tidak langsung menolak dakwaan Hj Hadi mengenai haramnya parti politik Islam lebih dari satu.
Anuar Yaacob
MENGAPA SAYA MERAGUI 'FATWA' PENGHARAMAN PARTI BARU?
Saya mengambil maklum bahawa Tuan Guru Hj Abd Hadi dalam satu ceramahnya telah meriwayatkan satu fatwa daripada al-Qaradhawi yg mengharamkan penubuhan parti baru, berdasarkan kepada konteks ayat, parti tersebut tidak lain dan tidak bukan merujuk kepada AMANAH.
Susuk tubuh Tuan Guru cukup saya sanjung sebagai ulamak yang memimpin umat dalam politik, namun ‘fatwa’ al-Qaradhawi tersebut nampak sangat meragukan dengan manhaj yang beliau pegang dan ajar, sekurang-kurangnya dari beberapa sudut di bawah:
1) Al-Qaradhawi seorang yg cukup cermat. Beliau bukan jenis ‘ulamak kepalang tanggung’ yg suka mengharamkan sesuatu yg tidak jelas dalilnya dan ghairah melihat orang masuk ke neraka. Sikap cermat dan berhati-hati beliau dapat dilihat melalui manhaj yg ditulis dengan panjang lebar pada pendahuluan ‘al-Halal wa al-Haram fi al-Islam’.

Beliau menegaskan
bahawa pengharaman sesuatu perkara, benda dan urusan yang bersifat
Mu’amalat (lawan bagi Ibadat) mesti punya dalil yg 'soreh' (jelas) lagi
'soheh', ada pun dalil yang tidak soreh lagi soheh, maka ia kekal
dibolehkan. (al-Halal wa al-Haram fi al-Islam, m.s. 20. Al-Maktab
al-Islami, 1980).
Oleh itu sangat aneh di sebalik sikap cermat yang ditunjukkan, tiba-tiba beliau menfatwakan haram menubuhkan parti baru, tanpa diketahui dalil yg soheh lagi soreh mana digunakan, dan melawan manhaj yang selama ini beliau julang.
2) Fatwa tersebut kontradik dengan tulisan beliau. Al-Qaradhawi sangat terbuka dengan kepelbagaian gerakan dan parti Islam, ini dapat dilihat daripada “Fiqh Dawlah”, beliau berpendapat bahawa kepelbagaian parti dalam politik adalah seperti kepelbagaian mazhab dalam fiqh (Min Fiqh al-Dawlah fi al-Islam, m.s. 151. Dar al-Shuruq, 2001).
Jika keharaman menubuhkan parti Islam baru itu sesuatu yang menjadi pegangannya, pastilah penubuhan Parti al-Nur di Mesir lebih awal difatwakan haram, namun itu tidak berlaku.
3) Al-Qaradhawi seorang yang cukup teliti. Beliau bukan jenis orang yg suka menjawab fatwa dengan ringkas. Manhaj ini dapat dilihat jelas dalam “Fatawa Mua'sirah”, beliau menjawab soalan dengan terperinci, berkajang muka surat dikarang hanya untuk menjawab satu soalan pendek. Jika satu permasalahan itu haram hukumnya, beliau tidak hanya menulis “Haram”, tetapi diperincikan keadaan dan situasi.
Oleh itu kita mohon supaya didedahkan jawapan penuh beliau, beserta soalan yg dihantar. Ini penting supaya kita dapat mengetahui letak duduk perkara ini dengan jelas.
Saya bukanlah ahli AMANAH, hanya peminat al-Qaradhawi semenjak belasan tahun dahulu, ‘fatwa’ yang dahsyat sedemikian rupa mesti dibuktikan supaya tiada salah faham terhadap beliau, yang selama ini terkenal mempromosikan manhaj al-Wasatiyyah dan sikap toleransi dengan perbezaan.

Shahir Arifin Ahmad Fadzil
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.