Followers

Friday, October 2, 2015

DAP mahu mufti Perak nasihat timbalan menteri mahu ‘lempang Cina’


DAP mahu mufti Perak nasihat timbalan menteri mahu ‘lempang Cina’Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria perlu menasihati Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang mengeluarkan kenyataan kontroversi terhadap kaum Cina, kata Pengerusi DAP Pahang Tengku Zulpuri Shah Raja Puji.

Tajuddin yang merupakan peminpin Umno dari Perak sebelum ini dilaporkan media memberi amaran kepada kaum Cina di negara ini jika mengadu masalah kepada negara luar.

"Kita kena tengok dulu, dia dari Pasir Salakkan? Mufti Perak kena bagi nasihat pada dialah," kata Tangku Zulpuri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Mentakab itu pada sidang media di Ibu Pejabat DAP di Kuala Lumpur, hari ini.

Sementara itu, ahli DAP Sheikh Omar Ali menyifatkan kenyataan Tajuddin menggambarkan kegagalan seorang pemimpin negara berhadapan dengan kepelbagaian rakyat yang ada di Malaysia.



"Beliau (Tajuddin) adalah seorang timbalan menteri pertanian dan industri asas tani, timbalan menteri dalam Kabinet kerajaan. Pemimpin kepada rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia ini ada pelbagai bangsa.

"Selalunya, apa yang keluar secara spontan daripada mulut seseorang adalah jujur dan mencerminkan apa yang ada dalam fikiran mereka," kata Sheikh yang juga pegawai khas kepada Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong.

dd

Pada sama, Sheikh turut mengaitkan ucapan anggota Majlis Tertinggi Umno itu pada perhimpunan "baju merah" 16 September lalu yang membuktikan Tajuddin bersikap perkauman.

"Selepas kenyataan seperti 'apa lagi Cina mahu?', sikap acuh tak acuh terhadap himpunan baju merah yang dilatari sentimen perkauman, tindakan Tajuddin hanyalah mengukuhkan lagi wajah sebenar mereka (Umno) yang tidak boleh dipisahkan dengan sentimen perkauman sempit," kata Sheikh kepada The Malaysian Insider.

Media sebelum ini melaporkan Tajuddin membuat kenyataan kontroversi mahu melempang rakyat Cina di Malaysia.  

Namun, beliau hari ini menafikan perkara tersebut dan enggan memohon maaf kerana tidak membuat kenyataan sebegitu.-TMI


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.