Followers

Monday, October 26, 2015

Bajet 2016 paling teruk, kerajaan alih beban kepada rakyat, kata Pakatan OLEH DIYANA IBRAHIM



Pakatan Harapan berkata, pentadbiran Datuk Seri Najib Razak mengalihkan beban membayar hasil daripada syarikat gergasi minyak kepada rakyat biasa. – 26 Oktober, 2015.

Pakatan Harapan berkata, pentadbiran Datuk Seri Najib Razak mengalihkan beban membayar hasil daripada syarikat gergasi minyak kepada rakyat biasa. – 26 Oktober, 2015.

Bajet 2016 yang diumumkan Datuk Seri Najib Razak pada Jumaat lalu disifatkan sebagai belanjawan paling teruk pernah dibentangkan perdana menteri selama ini, kata Pakatan Harapan hari ini.

Setiausaha agung PKR Rafizi Ramli (gambar, kanan) berkata, dakwaan itu dibuat kerana Pakatan mendapati dasar yang diumumkan di bawah peruntukan bajet itu jelas menunjukkan kerajaan cuba mengalihkan bebannya kepada rakyat.

Beliau berkata sumber pendapatan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sebelum ini bergantung kepada harga minyak mentah terjejas kerana penurunan komoditi tersebut.

"Dengan kejatuhan harga minyak mentah, tiba-tiba hasil lumayan turun mendadak. Kerajaan sendiri menjangkakan hasil daripada sumber petroleum menurun sekitar RM30 bilion dalam tahun 2015," katanya.

Rafizi, yang juga ahli Parlimen Pandan, bercakap bagi pihak Jawatankuasa Ekonomi Pakatan Harapan yang turut dianggotai ahli Parlimen Kelana Jaya Wong Chen (PKR), ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad (Amanah) dan ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong (DAP).

Beliau berkata, oleh itu kerajaan tetap bertegas melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang perlu ditanggung oleh semua rakyat.

"Dalam Bajet 2016, pentadbiran Najib mengalihkan beban membayar hasil ini daripada syarikat gergasi minyak kepada rakyat biasa.

"Lompong hasil sebanyak RM30 bilion ini dijangka akan terus ditampung rakyat biasa yang akan membayar cukai lebih tinggi," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Rafizi berkata, ia menyebabkan rakyat terpaksa membayar RM13 bilion sebagai cukai tambahan bagi menampung kelompongan RM30 bilion itu.

Malah, katanya, pengumuman kenaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dari RM650 ke RM950 juga tidak membawa sebarang erti.

Ini kerana jumlah yang diberi rakyat melalui kutipan cukai lebih besar daripada penerimaan insentif tersebut.

"Sementara kerajaan akan kutip GST pada puratanya RM19 sehari dari setiap keluarga di negara ini, dalam tahun 2016, jumlah kenaikan BR1M sebenarnya hanya 0.14 sen sehari," katanya. – 26 Oktober, 2015.



- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.