AZMIN JANGAN LENA SANGAT DENGAN MIMPI
Pertemuan meja bulat melibatkan KEADILAN,
Dap dan Amanah yang membuat keputusan ini. Ini bukan keputusan KEADILAN saja, bahkan KEADILAN khabarnya mahu tiada pengumuman dibuat agar memberi sedikit masa buat Pas untuk bersedia menyertai pakatan baru itu nanti.
Bukan juga kehendak Dap bersendirian atau Amanah. Semuanya berhujah di meja bulat, pro dan kontra, masing-masing membawa hujah mewakili parti masing-masing atau NGOs masing-masing.
Apabila kesemuanya telah memberikan pandangan, maka majoriti bersetuju untuk pakatan baru disegerakan agar ruang dan masa dapat dimanafatkan untuk memperkukuhkan pakatan yang baru ini.
Maka, lahirlah Pakatan Harapan yang terdiri dari KEADILAN, Dap dan Amanah, dalam masa yang sama pintu terus dibuka kepada semua yang mempunyai hasrat untuk menumbangkan rejim.
Atas disiplin yang kuat, maka Dap pun terus mengumumkan P.Pinang adalah Kerajaan Pakatan Harapan. Ini menunjukkan keikhlasan dan kejujuran Dap di dalam rundingan atau muafakat.
Bagaimana pula dengan Kerajaan Selangor? Azmin, MB Selangor yang juga Timbalan Presiden hanya sekadar boleh komen "
Pakatan Harapan tiada kaitan dengan Kerajaan Negeri Selangor". Peribadi, aku malu KEADILAN gagal mendisplinkan diri.
Presiden kita selaku Ketua Pembangkang yang memanggil pertemuan meja bulat dan mengumumkan Pakatan Harapan, malangnya parti sendiri masih teraba-raba untuk menamakan negeri yang diperintahnya.
Jika rakyat bertanya, " Selangor di bawah kerajaan siapa?".
Apa yang Azmin selaku MB Selangor akan jawab?
Selangor di bawah "arwah' Pakatan Rakyat? Jangan buat kerja bodohlah. Kegagalan mengumumkan Selangor sebagai Kerajaan Pakatan Harapan amat mengecewakan rakyat yang tidak sabar-sabar untuk melihat Pakatan Harapan terus mara melawan musuh. Kita di Selangor masih "mendodoikan" anak yang tidak mengaku kita warisnya.
Kita terpedaya dengan lakonan mereka kononnya amat menghormati kita. Aku yakin jika Selangor bukan kita yang menjadi MB, kirim salam mereka ini untuk terus 'setia' dengan kita.
Buktinya, di dalam keadaan kita 'dodoikan' mereka pun, lihat saja tutur kata percakapan pimpinan-pimpinan mereka termasuk dari Dewan Ulamak bahkan media resmi mereka pun yang sering memburukkan parti dan pimpinan kita.
Azmin jangan terlalu lena tidor. Mimpi indah kadangkala membawa maksud buruk.
Dicatat oleh WFAUZDIN NS
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.