Followers

Wednesday, October 7, 2015

Anwar dikawal ketat, tak dibenar beri kenyataan



KUALA LUMPUR 7 OKT: Ketua Umum KEADILAN,

Saudara Anwar Ibrahim tidak dibenarkan untuk memberi sebarang kenyataan ketika ditanya pemberita selepas tamat prosiding kes saman beliau terhadap Utusan Melayu (Malaysia) Berhad di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini.

Beliau turut dikawal ketat pegawai-pegawai penjara yang turut menghalang beberapa penyokong yang mahu bersalaman dengan bekas Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia itu.

“Saya tak boleh beri sebarang kenyataan, nanti mereka akan halang saya,” kata Anwar ringkas kepada Keadilan Daily.

Beliau sempat berjenaka bersama salah seorang penyokong yang bertanya tentang keadaan berat badannya di penjara. “Saya diet di penjara, tapi saya tengok awak makin….,” gurau Anwar merujuk kepada fizikal penyokongnya yang agak berisi.

Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu hanya dibenar bertemu penyokong-penyokongnya sekitar 30 saat.


Namun, mereka tidak dibenarkan mengambil sebarang gambar atau merakam video.

Anwar yang menjalani hukuman penjara pada hari ke-240 hari ini dilihat semakin kurus dengan pipinya semakin cengkung ekoran penafian rawatan kesihatan oleh kerajaan pemerintah.

Beliau tetap ceria dan sentiasa tenang walaupun menderita serta mengalami kekurangan berat badan, tekanan darah tidak menentu, gastrik, artritis dan otot bahunya terkoyak.

Anwar diminta hadir ke mahkamah hari ini selepas Hakim Hue Siew Kheng menolak permohonan Utusan berhubung penilaian ganti rugi yang perlu dibayar akhbar milik Umno itu kepada Anwar.


Utusan didapati bersalah selepas memfitnah Anwar berhubung rencana yang diterbitkan akhbar itu mengenai temubual Anwar dengan Perbadanan Penyiaran Brtish (BBC).

Hakim menetapkan esok, 8 Oktober untuk putuskan jumlah yang perlu dibayar Utusan kepada Anwar.



Posted & copy by RAKYAT MARHAEN.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.