Lebih 100 peguam sertai Amanah tubuhkan biro undang-undang
Lebih 100 peguam menyertai Parti Amanah Negara (Amanah), ketika parti politik yang akan dibentuk secara rasmi tidak lama lagi itu dalam proses menjadi sebuah badan yang dianggotai para profesional menjelang pelancarannya dijadualkan minggu depan. Diketuai Fazaruddin Sujairi Md Radzi, kumpulan peguam itu menyerahkan borang keahlian kepada Timbalan Pengerusi Amanah Salahuddin Ayub pada satu majlis di Taman Melawati hari ini.
Lebih 100 peguam menyertai Parti Amanah Negara (Amanah), ketika parti politik yang akan dibentuk secara rasmi tidak lama lagi itu dalam proses menjadi sebuah badan yang dianggotai para profesional menjelang pelancarannya dijadualkan minggu depan. Diketuai Fazaruddin Sujairi Md Radzi, kumpulan peguam itu menyerahkan borang keahlian kepada Timbalan Pengerusi Amanah Salahuddin Ayub pada satu majlis di Taman Melawati hari ini.
Kebanyakan mereka bekas ahli PAS, selainnya terdapat juga bekas ahli badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), dan bakinya adalah pemerhati pada perhimpunan Bersih 4 bulan lalu.
Peguam-peguam ini akan membantu dalam pembentukan biro undang-undang Amanah sebelum parti itu dilancarkan 16 September ini.
Peguam itu akan membantu biro undang-undang itu yang akan diketuai Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin, yang juga seorang peguam dan mengetuai biro undang-undang PAS sebelum meninggalkan parti itu baru-baru ini, berikutan perpecahan Pakatan Rakyat.
Hanipa berkata, kepakaran peguam itu akan menjadi penting kerana pemimpin Amanah boleh terlibat dalam beberapa pertelingkahan undang-undang pada masa depan.
Sementara itu, Salahuddin berkata, perancangan Amanah berjalan lancar untuk mencapai sasaran sekurang-kurangnya 35,000 ahli berdaftar sebelum pelancarannya minggu depan.
"Kami mengeluarkan 35,000 borang dan mencetak 50,000 borang tambahan. Jadi, kami akan mencapai sasaran kami," katanya.
Amanah, yang kini menggunakan platform Parti Pekerja-Pekerja Malaysia yang tidak aktif, sedang menunggu kelulusan daripada Pendaftar Pertubuhan untuk membolehkannya menukar namanya kepada Amanah.
Sebelum ini, kumpulan serpihan PAS itu gagal dalam usahanya berdaftar sebagai Parti Progresif Islam, kerana Kementerian Dalam Negeri enggan membenarkan sebuah parti menggunakan perkataan "Islam" dalam namanya. -TMI
ULASAN GB
Terima kasih, tahniah dan syabas kepada Lebih 100 peguam menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) yang bakal menganggotai biro undang-undang Amanah.
Dan GB merasakan Biro Undang-undang Parti Amanah Negara ini bakal menjadi Biro Undang-undang yang paling ramai peguam berbanding dengan parti-parti lain.
Di zaman dimana proses perundangan menjadi kritikal dan di masa fitnah begitu berleluasa kini, kehadiran para peguam yang ramai adalah satu asset dan parti yang memiliki barisan peguam yang profesyenal dalam bilangan yang ramai akan menjadikan Parti Amanah Negara sebagai sebuah parti yang benar-benar "AMANAH, PROGRESIF & PEDULI".
|
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.