Followers

Monday, September 7, 2015

Tukar parti tidak gugur kedudukan sebagai ahli Parlimen, kata Speaker Dewan Rakyat OLEH YASMIN RAMLAN



Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata ahli Parlimen boleh menukar parti tanpa mengugat kedudukannya.

Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata ahli Parlimen boleh menukar parti tanpa mengugat kedudukannya.

Menukar parti tidak akan menyebabkan kedudukan seseorang ahli Parlimen digugurkan, kata Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Speaker Dewan Rakyat itu berkata, hanya yang gila, bankrap, didakwa dan dipenjarakan akan digugurkan kedudukan sebagai ahli Parlimen.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai status ahli Parlimen PAS yang menyertai Parti Amanah Negara (Amanah).

"Orang disqualified jadi ahli Parlimen kalau dia jadi gila, bankrap, dia sudah kena dakwa, dijel, dan sedemikiannya.

"Jadi kalau yang bertukar parti itu kan demokrasi. Janganlah tanya soalan-soalan yang anda sendiri pun tahu," katanya kepada pemberita ketika di “36th General Assembly of the Asean Inter-Parliamentary Assembly” di Kuala Lumpur hari ini. – 7 September, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.