Followers

Monday, September 14, 2015

Sultan Johor: Tiada toleransi isu perkauman‎




Sultan Johor: Tiada toleransi isu perkauman‎JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sekali lagi bertitah menolak sebarang unsur perkauman dan baginda tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba mencetuskan isu itu.

Titah baginda yang dimuat naik dalam laman Facebooknya (FB), kira-kira jam 10 pagi, semalam itu mendapat 6,322 like sehingga jam 5 petang dan dikongsi 966 pelayar FB.

“Saya tidak akan bertoleransi dengan mereka yang mengamalkan sifat benci-membenci dan perkauman di tanah Johor Darul Ta’zim. Kita Bangsa Johor, orang Melayu ada hak keistimewaan, kaum Cina dan India juga berhak kerana Johor adalah milik Bangsa Johor. 

Mungkin datuk moyang mereka dari China atau India, tetapi Johor Darul Ta’zim ialah rumah mereka juga.

“Saya tidak akan bertoleransi dengan mereka yang mengamalkan sifat benci-membenci dan perkauman di tanah Johor Darul Ta’zim,” titahnya.

Terdahulu dalam statusnya, Sultan Ibrahim menegur sikap segelintir rakyat yang membuang sampah merata-rata kerana ia mencerminkan sikap mementingkan diri.

“Sudah sampai masa untuk kita berubah cara pemikiran kita. Untuk Johor berdiri megah setanding dengan negara jiran yang sudah maju, kita juga perlu berubah.

"Jangan buang sampah merata sesuka hati kerana ia menyusahkan orang lain, jangan letak kereta sembarangan di tepi jalan raya kerana ia menimbulkan kesukaran kepada pemandu lain.

“Sifat yang mementingkan diri sendiri tanpa memikir akibatnya pada orang lain harus diubah kerana ia menyusahkan orang ramai,” titahnya.

Sultan Johor bertitah lagi, pihak berkuasa tempatan (PBT) juga perlu menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan dengan memastikan kemudahan di tempat awam semua berfungsi dengan baik.

“Bila kita semua melaksanakan tanggungjawab kita, perubahan yang positif dan lebih baik dapat dinikmati semua.

“Kita memastikan rumah kita bersih, kerana rumah kita milik kita. Kenapa kita tidak memastikan Johor bersih? Johor milik rakyat - Melayu, India dan juga kaum Cina,” titah baginda.-SinarHarian



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.