Followers

Saturday, September 5, 2015

SEORANG LEBAI TAK CERMIN MUKANYA DULU ?

Saya kritik Mukhriz untuk pertahankan Najib – Lebai Ahmad



PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Bukit Lada, Datuk Lebai Ahmad Sudin mempertahankan tindakannya mengkritik Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Beliau berkata, tindakannya itu tidak jauh beza dengan perbuatan Mukhriz mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak secara terbuka dalam mesyuarat UMNO bahagian.

“Datuk Muhkriz juga kata macam-macam terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak dalam ucapannya di majlis-majlis sebelum ini. Samalah tu dia kata pemimpin dia sendiri,” katanya kepada Free Malaysia Today (FMT).

Baru-baru ini, tersebar rakaman video Lebai Ahmad mengkritik Mukhriz dan mendesaknya berundur sebagai Menteri Besar Kedah secara terhormat kerana gagal melaksanakan janji pilihan raya.

Beliau juga mendakwa Mukhriz gagal membawa pembangunan di Kedah kerana hubungan kurang baik dengan kerajaan Pusat ekoran perbezaan pendapat dan ‘percanggahan kepentingan’ yang disebabkan bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menentang Najib secara terang-terangan.

Susulan kenyataan berani Lebai Ahmad itu, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Othman Aziz membuat teguran supaya ahli UMNO tidak membuat kritikan terbuka terhadap pemimpin parti.

Mengulas kenyataan Othman itu, Lebai Ahmad yang disebut-sebut bakal menggantikan Mukhriz berkata, ahli UMNO boleh bersuara jika terdapat keperluan untuk berbuat demikian.

“Datuk Othman ini baca buku mana? Saya kata begitu sebagai satu teguran untuk perbetulkan keadaan. Sebagai ADUN saya berhak untuk bersuara,” katanya.

Katanya, apa yang disuarakan menerusi rakaman video itu merupakan pendapat dan pandangan peribadinya.

“Terpulang kepada Perdana Menteri sama ada mahu memecat Mukhriz atau tidak. Itu adalah kuasa yang ada padanya sebagai Presiden parti.

“Sebagai ADUN di negeri ini (Kedah), saya hanya menyuarakannya saja,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.