Followers

Friday, September 11, 2015

'Saya menang kerana pakatan pembangkang, BUKAN Pas’


Zar Ali's photo. TEMERLOH 10 Sept. – “Jika boleh bertanding semula, hari ini saya letak jawatan tetapi peraturan tidak membenarkannya. Hanya selepas lima tahun baru boleh bertanding.”

Itu reaksi Ahli Dewan Unda­ngan Negeri (ADUN) Semantan, Syed Hamid Syed Mohamad yang diminta melepaskan jawatan wakil rakyat oleh Pas Pahang ekoran tindakannya keluar daripada parti itu dan menyertai Parti Amanah Negara (Amanah).

Beliau berkata, ti­dak adil baginya melepaskan jawatan tersebut yang disandang atas kepercayaan diberikan pengundi berbilang kaum di kawasan berkenaan.

Malah dakwanya, kemenangan di kawasan itu selama dua penggal berturut-turut adalah atas sokongan masyarakat pelbagai kaum termasuk Melayu, Cina dan India atas tiket pembangkang dan bukannya Pas.

Katanya, mustahil bagi Pas memenangi kawasan itu termasuk Parlimen Temerloh jika tidak mendapat sokongan daripada kaum lain khususnya masyarakat Cina.

“Tidak ada dalam sejarah Pas menang tulen di negeri ini kerana kemenangan ini adalah atas dasar muafakat pakatan pembangkang,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, Syed Hamid berkata, tidak timbul soal moral dalam isu keluar daripada Pas dan menyertai Amanah kerana beliau masih dalam pakatan pembangkang dan bukannya menyertai Barisan Nasional (BN).

Sehubungan itu ka­tanya, tindakannya tidak mengkhianati pakatan pembangkang yang membawa kemenangannya di DUN Kuala Semantan.

Mengulas tentang bai'ah yang dilakukan wakil rakyat Pas di Pahang, beliau mendakwa, telah merujuk perkara itu kepada pakar agama dan ulama bagi mencari kaedah penyelesaian.

“Selepas merujuk perkara ini, saya yakin keputusan saya keluar betul. Dari sudut fikah boleh bayar denda, saya sedia bayar denda,” katanya.-Utusan


Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.