Followers

Wednesday, September 23, 2015

Pengorbanan paling ditunggu sempena Hari Raya Korban 2015 ialah PENGUNDURAN NAJIB Oleh Shahbudin Husin


Pengorbanan paling ditunggu sempena Hari Raya Korban 2015 ialah PENGUNDURAN NAJIBGabenor Bank Negara, Zeti Akhtar Aziz semalam telah bercakap mengenai keadaan ekonomi dan nilai ringgit serta kaitannya dengan isu semasa dalam negara yang seharusnya menjadi bermanfaat buat kita semua.
Bedasarkan laporan FMT, Zeti berkata:-

- nilai ringgit akan naik semula sekiranya isu 1MDB dapat diselesaikan.
- kita tidak perlukan satu lagi skandal. Kita tidak perlu ketidaktentuan politik. Kesemua isu berkaitan 1MDB perlu diselesaikan, barulah kita boleh menyaksikan nilai ringgit naik semula.

- kami telah serahkan hasil siasatan Bank Negara kepada Jabatan Peguam Negara. Kini kami masih dalam perbincangan dengan jabatan tersebut.

Mengikut berita Malaysian Insider pula, Zeti berkata:-

- orang ramai berhak mendapat jawapan terhadap siasatan skandal 1MDB.

- semua siasatan itu sedang berjalan dan ia akan membuahkan hasil. Bagi Bank Negara, kami melihat dalam percanggahan kelulusan yang kami berikan kepada 1MDB secara spesifik.

- melahirkan keyakinan pihak terlibat dalam salah laku berkaitan syarikat pelaburan negara itu akan dihadapkan ke muka pengadilan.

- masyarakat antarabangsa sudah menyatakan komitmen untuk menangani isu penggubahan wang haram dengan beberapa langkah tegas telah diambil.

- dalam dunia sekarang, tidak ada orang dalam planet ini yang boleh bersembunyi.

Apakah perkara yang paling mudah untuk difahami daripada kata-kata Zeti ini?

ww

Tentunya maksud sebenar ialah tidak lain agar isu berkaitan 1MDB yang disebutnya sebagai skandal hendaklah diselesaikan dengan segera jika mahu melihat nilai ringgit naik semula.

Bermakna juga, selagi isu 1MDB tidak selesai, nilai ringgit akan terus menjunam.
Tapi bagaimana untuk menyelesaikannya?

Jual tanah TRX? Cari pelabur asing dalam Bandar Malaysia? Struktur hutang? Atau bagaimana?

dd
Zeti juga menyebut mengenai komitmen antarabangsa mengenai isu penggubahan wang haram yang tentunya sangat berkaitan dengan siasatan FBI mengenai wang RM2,600 juta yang masuk ke akaun peribadi Najib.

Siasatan FBI itu telah mengundang tarikan berita di seluruh dunia sehingga keyakinan pelabur asing tidak mungkin pulih dengan mudah selagi ia terus diperkatakan di mana-mana.

Berpuluh negara telah menyiarkan berita mengenai siasatan FBI itu dan ini tentunya merupakan hentakan paling buruk terhadap imej negara di peringkat antarabangsa.

Bagaimanakah juga untuk melihat isu ini selesai?

dd

Kedua-duanya iaitu 1MDB dan penggubahan wang haram yang dikaitkan dengan RM2,600 juta hanya perlukan penyelesaian mudah iaitu - NAJIB LETAK JAWATAN DAN BIARKAN KEADILAN UNDANG-UNDANG 

MEMAINKAN PERANANNYA SELEPAS ITU.

Sempena hari raya korban Khamis ini, percayalah, pengorbanan yang paling ditunggu-tunggu dan pasti seluruh negara gembira dengannya ialah jika Najib sedia berkorban meletakkan jawatannya demi masa depan negara dan 30 juta rakyatnya.-BlogSpot

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.