Followers

Tuesday, September 22, 2015

Pengakuan Eina Azman: Artis yang dikatakan cuba dirogol oleh Jamal@Tongkol....Sebarkan suarakami


‘DIA KATA MAHU BELA SAYA’- EINA AZMAN DITIPU AHLI PERNIAGAAN BERGELAR DATUK


‘Dia Kata Mahu Bela Saya’ – Eina Azman Ditipu Ahli Perniagaan Bergelar Datuk | Kecoh dunia hiburan apabila pelakon Eina Azman nyaris di’bela’ ahli perniagaan bergelar datuk. 

Menurut Eina Azman, pada mulanya dia mahu membeli kereta menerusi lelaki berkenaan. Namun bayar sebanyak RM175,500 menerusi empat transaksi dan menjelaskan duti cukai, kereta yang dijanjikan masih belum diterima.

Paling menarik lelaki berkenaan didakwa mahu mengambil kesempatan keatas Eina Azman atau nama sebenarnya, Ainur Syakina Azman. Sebelum itu dia hanya berurusan dengan isteri ahli perniagaan terbabit untuk membeli sebuah kereta Mercedes berharga lebih RM220,00. 

Kejadian itu berlaku disebuah hotel kira-kira jam 11 malam 8 Februari lalu dan akhirnya Eina Azman mengambil keputusan membuat laporan polis apabila sedar dia ditipu.

“Dia mengajak saya berjumpa di hotel untuk berbincang hal pembelian kereta selepas saya tidak puas hati dan berasa ditipu tapi apabila berjumpa dia langsung tidak bercakap mengenai kereta. 

Sebaliknya, dia berkata mahu membela saya selama tiga tahun dan memberikan apa saja, selain melakukan gangguan seksual ke atas saya. 

Apabila dia berkata mahu membela saya selama tiga tahun dan memberikan apa saja, saya sangat sedih kerana saya ada maruah dan masih ada ibu bapa. 

Apa yang dilakukannya saya tidak boleh terima,” kata pelakon remaja, Eina Azman, 18 mengenai tindakan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk ke atasnya.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.