Followers

Thursday, September 3, 2015

Orang Melayu perlu bersama Dr Mahathir tumbangkan Najib, kata bekas menteri



Bekas menteri Umno Datuk Zaid Ibrahim menggesa rakyat bersama-sama Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyingkirkan Datuk Seri Najib Razak daripada terus berkuasa.

Bekas menteri Umno Datuk Zaid Ibrahim menggesa rakyat bersama-sama Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyingkirkan Datuk Seri Najib Razak daripada terus berkuasa.

Satu-satunya cara mengeluarkan Datuk Seri Najib Razak daripada terus berkuasa ialah dengan menggerakkan rakyat di belakang Tun Dr Mahathir Mohamad yang merupakan satu-satunya pemimpin Melayu bersedia bertindak terhadap perdana menteri, kata bekas menteri Umno Datuk Zaid Ibrahim.

Dalam teks ucapan beliau pada perhimpunan di Kelab Diraja Selangor dan disiarkan di blognya, Zaid yang pernah menjadi pengkritik kepada perdana menteri paling lama berkhidmat itu, menggesa rakyat berdiri teguh di belakang Dr Mahathir.

Beliau berkata ini perlu kerana negara hanya boleh mendapatkan perubahan bermakna apabila Melayu sanggup menerima perubahan, dan mereka hanya akan menerima perubahan daripada seorang pemimpin Melayu yang boleh dipercayai.

"Saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu untuk berdiri teguh di belakang Dr Mahathir.

"Beliau adalah satu-satunya yang berani, mempunyai keberanian dan, saya jamin beliau mementingkan negara," kata Zaid, yang berkhidmat di dalam Kabinet di bawah pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi tetapi berhenti pada September 2008 kerana perbezaan pendapat dengan pentadbiran mengenai penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Bekas menteri itu berkata, kerajaan hari ini diurus Najib dan "pak turut" , sambil menambah perdana menteri menjadi "berbahaya" kepada negara seperti dilihat dalam tindakan baru-baru ini yang menghalang siasatan dalam skandal rasuah membabitkan dirinya sendiri.

Zaid sebelum ini pernah menyertai PKR berkata, seolah-olah tiada yang mampu menghalang Najib daripada melakukan apa sahaja difikirkan untuk mengekalkan kuasanya.

"Semakin lama beliau memerintah, lebih teruk masa depan kita. Oleh itu, kita mesti bertindak dan melakukannya. Penyingkiran beliau mesti menjadi keutamaan kita bersama.

"Untuk melakukan ini hanya ada satu pilihan, sama ada kita berdiri teguh di belakang Dr Mahathir, atau kita terpaksa hidup dengan Najib untuk tempoh yang lama," tulis Zaid.

Beliau mengakui sesetengah pihak "alah kepada Dr Mahathir" tetapi mengulangi sokongan di belakang negarawan bersara itu merupakan satu-satunya penyelesaian yang boleh digunakan.

"Saya lebih suka cuba menyingkir Najib dahulu, hanya kerana, di atas kertas, ia lebih mudah untuk dicapai. Perubahan datang dalam langkah yang kecil."

Beliau berkata rakyat perlu bersedia bekerja dengan pihak yang “sederhana dan patuh undang-undang termasuk orang-orang Umno ".

"Hari ini, tiada pemimpin Melayu sanggup mengambil tindakan terhadap Najib kecuali Dr Mahathir, dan dengan itu kita perlu menyokong beliau," kata Zaid. – 3 September, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.