Followers

Friday, September 25, 2015

Nur Jazlan tak mahu himpunan baju merah diadakan lagi esok


Zar Ali's photo.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata peluang sudah pun diberikan kepada penganjur 'himpunan baju merah' dan mereka menyatakan kebimbangannya sebelum ini, oleh itu cukuplah dengan himpunan lagi. 

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata peluang sudah pun diberikan kepada penganjur 'himpunan baju merah' dan mereka menyatakan kebimbangannya sebelum ini, oleh itu cukuplah dengan himpunan lagi.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengarahkan penganjur "himpunan baju merah” agar menghentikan niat mereka untuk berhimpun di Jalan Petaling di Kuala Lumpur esok, lapor The Star Online.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, kumpulan baju merah sudah pun mengadakan perhimpunan pada 16 September lalu dan tidak perlu diadakan lagi kerana hanya akan menimbulkan ketakutan.

"Ketua Bahagian Umno, Datuk Jamal Md Yunos perlu hentikan perhimpunan. Buat himpunan baru hanya mengulangi perhimpunan yang sebelum ini.

“Peluang sudah diberikan dan kumpulannya menyatakan kebimbangannya, tetapi cukuplah," kata Nur Jazlan kepada The Star Online.

Nur Jazlan berkata, rakyat Malaysia diberi kelonggaran demi kebebasan bersuara tetapi tanggungjawab itu perlu berhenti apabila sensitiviti kaum disentuh.

"Sebab itu bila polis ambil tindakan. Sungguhpun yang melakukannya Melayu, ketepikan saya sebagai kaum Melayu dan ahli Umno, saya rasa dia (Jamal) perlu hentikan," katanya.

Sebelum ini, Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa mempersoalkan motif himpunan esok memandangkan mesej himpunan pada 16 September sudah jelas disampaikan.

"Adakah perhimpunan pertama tidak berjaya dan kamu hendak adakan lagi satu perhimpunan? Orang tidak buat himpunan setiap minggu.

“Bersih buat himpunan setahun sekali dan sampaikan mesej besar dan mereka bukan mengancam orang lain," katanya.

Katanya "himpunan baju merah” 16 September lalu dicemari dengan mesej perkauman dan tidak membantu negara ke depan.

The Star Online turut melaporkan lebih daripada separuh peniaga bimbang dengan himpunan esok.
Mereka turut mencadangkan Pengerusi Persatuan Peniaga Petaling Street, Datuk Ang Say Tee menutup kawasan tersebut.

Beliau berkata 400 daripada 773 bimbang perhimpunan akan memburukkan esok.
"Peniaga menghubungi saya dan bertanya adakah Jalan Petaling perlu ditutup pada Sabtu kerana mereka bimbang perniagaan akan terganggu.

"Saya nasihatkan mereka buat laporan polis. Kami takut kerana kami hanya berniaga," katanya seperti dilaporkan The Star Online.

'Himpunan baju merah' 16 September lalu bertukar menjadi kecoh selepas peserta merempuh benteng di Jalan Petaling.

Polis terpaksa menyembur meriam air untuk mengawal perhimpunan.

Kawasan Jalan Petaling ditutup pada hari berkenaan kerana bimbang perkara tidak diingini berlaku.
Jamal sebelum ini mempersoalkan kawasan tersebut yang dimonopoli peniaga Cina dan mendakwa pihak berkuasa tidak mengambil tindakan terhadap perniagaan haram seperti menjual video lucah dan barangan tiruan.

Beliau turut mencadangkan peniaga Melayu dibenarkan beroperasi di Jalan Petaling untuk mengurangkan monopoli peniaga Cina. – 25 September, 2015.



See more at: http://www.themalaysianinsider.com/…/kdn-tak-mahu-himpunan-…

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.