Tindakan polis memanggil Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung ucapan yang dilakukannya ketika perhimpunan Bersih 4 minggu lalu adalah perkara biasa, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz.
Nazri
bagaimanapun secara peribadi berkata siasatan terhadap Dr Mahathir tidak
perlu memandangkan beliau merupakan seorang warga emas dan tidak
menimbulkan kekecohan sewaktu Bersih 4.
“Saya ingat dia
nak menyertai Bersih tidak mengapalah. Dia sudah tua hendak
berjalan-jalan. Saya tidak nampak dia baling bom ke, pecah pintu ke
dinding ke. Dia nak berjalan biarlah dia berjalan.
“Cuma saya
difahamkan dia (Dr Mahathir) mengeluarkan kata-kata yang boleh dianggap
menghasut. Jadi tindakan (siasatan) itu perkara biasa.
“Tetapi kalau
dia dipanggil kerana dia berjalan-jalan tidak perlulah. Sisa-sisa hidup
ini kita bagi dia seronok sikit,” katanya kepada pemberita selepas
merasmikan pelancaran radio MaTiC.fm di Kuala Lumpur, hari ini.
Nazri turut
menyifatkan tindakan bekas perdana menteri itu menyertai Bersih 4 kerana
kecewa tidak lagi mendapat sokongan ahli Umno.
Katanya, tindakan Dr Mahathir yang mahu Najib meletak jawatan sebagai presiden Umno tidak dihiraukan ahli parti.
“Dia orang tua.
Dia (Dr Mahathir) kecewa kerana tiada siapa mahu mendengar cakapnya,
dia cuba melakukan perkara tidak demokratik di dalam parti dan tiada
maklum balas.
“Dia juga
kecewa apabila (ahli) parti berada kukuh di belakang Najib dan begitu
juga dengan saya. 100% di belakang Najib,” katanya.
Dr Mahathir
akan dipanggil dan disiasat pihak polis berhubung ucapan yang
dilakukannya ketika perhimpunan Bersih 4 minggu lalu selepas laporan
polis dibuat seorang ketua Umno bahagian.
Polis akan menyiasat bekas perdana menteri paling berkhidmat itu mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan.
Bagaimanapun, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak mendedahkan tarikh untuk memanggil Dr Mahathir.
Sementara itu,
dalam perkembangan lain Nazri menasihati perwakilan Wanita Umno Bahagian
Anina Saadudin untuk menerima kenyataan apabila disingkirkan parti.
Katanya, tindakan Anina membawa hal parti ke mahkamah membuatkan keahliannya secara automatik terlucut.
“Anina ini pun
saya tidak kenal siapa. Senang saja, mengikut perlembagaan dalam apa hal
berkaitan dengan parti tidak boleh bawa ke mahkamah. Ia (keahlian) akan
gugur secara automatik ataupun talak gugur,” katanya.
Nazri turut
memberi contoh seperti berlaku kepada Datuk Seri G Palanivel yang tidak
lagi memegang jawatan presiden MIC selepas keahliannya dalam parti
terlucut secara automatik kerana membawa kes ke mahkamah tanpa kebenaran
parti.
“Sama macam
(Datuk Seri) G Palanivel secara automatik gugur. Ini setiausaha agung
dah maklumkan. Itu nasib baik dia maklum. Kalau biar gantung tak
bertali?”, katanya.
Palanivel pada
Jun lalu hilang keahliannya sebaik saja beliau mengheret Pendaftar
Pertubuhan (RoS) ke mahkamah tanpa kebenaran parti.
http://www.keadilandaily.com/anak-nazri-aziz-juga-dikaitkan-dengan-satu-kes-pembunuhan-amk/
http://www.keadilandaily.com/anak-nazri-aziz-juga-dikaitkan-dengan-satu-kes-pembunuhan-amk/
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.