Followers

Friday, September 4, 2015

Mukhriz Dipecat? Mukhriz belum terima makluman beliau antara 7 akan dipecat



ALOR SETAR: Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, menganggap mesej mengenai pemecatan beliau bersama enam pemimpin UMNO lain yang tersebar melalui WhatsApp sejak malam semalam, sebagai perkara yang tidak wujud.

Malah, Mukhriz yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, mengesahkan tidak menerima sebarang makluman mengenai soal pemecatan beliau sebagai Menteri Besar Kedah daripada UMNO Pusat.

"List (senarai) ni macam-macam, ...tetapi selagi benda itu tak jadi kenyataan, saya tak boleh la nak bagi respon.

"Saya sendiri ada tengok macam-macam dihantar melalui WhatsApp dan sebagainya, tetapi setakat ini belum ada apa-apa kenyataan daripada mana-mana pihak khususnya pimpinan UMNO Pusat.

"Jadi saya tak boleh nak terima lagi komen-komen kononnya maklumat dan berita itu telah disahkan," katanya ditemui di sini, pagi ini selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-32 Pertubuhan Peladang Negeri Kedah (PPNK).

- bharian




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.